Perjalanan kami menuju ke ladang anggur ini terasa amat jauh kerana kami bergerak dari Sungai Petani. Menyusuri laluan yang lengang dan kadangkala berliku membuatkan hati tertanya- tanya bilakah akan tiba?.. Hampir menyangka kami tersesat dan berhenti bertanyakan arah kepada penduduk yang terlihat di pinggir jalan. Bukan apa, kalau boleh janganlah perjalanan untuk bersantai ini bertukar muram hanya kerana gagal nencari arah. Aku cuba menggunakan nasihat Waze namun kami dibawa ke arah yang lain!..
Seterusnya setelah perjalanan kami menghampiri kawasan ladang, kami tetap juga terbabas sehingga menyeberangi Tasik Beris!... Sedangkan ladang tersebut sebenarnya terletak ditepi kanan jalan sebelum menaiki jambatan menyeberangi tasik tersebut!. Sekali lagi kami berpatah balik dan barulah bertemu dengan ladang ini.
Laluan pesisir tasik yang indah dan tenang sesuai untuk pengunjung bersantai. Ia juga menjadi lokasi pengambaran pengantin kerana latar belakang pemandangannya yang cantik.
Kehijauan bukit bukau di sepanjang tasik menerbitkan fenomena yang menarik.
Keranuman buah anggur yang menggiurkan sesiapa sahaja yang melihat!. Namun tidak dilupakan, untuk masuk ke ladang ini pengunjung dikenakan bayaran Rm 6.0 untuk dewasa dan. Rm 4.0 untuk kanak-kanak. Sebagai ole-ole atau cenderamata, pengunjung boleh membeli anggur di kedai cenderamata yang disediakan dari buah, pakaian, bahan kosmetik dan cenderamata. Setengah kilo anggur hijau atau hitam dari Rm 13.0 ke 15.0 mengikut jenis. Pengunjung juga diberi peluang merasa sendiri buah anggur tersebut di kaunter bayaran kedai cenderamata sebelum membelinya. Anggur ini ditanam menggunakan kaedah yang sihat tanpa penggunaan racun serangga perosak!.
No comments:
Post a Comment