Tuesday, May 6, 2014

Sayur orang kampung!.

Ada sejenis tumbuhan nii yang dikategorikan sebagai sayur orang kampung. Maklumlah untuk mendapatkannya memang kita perlu pergi ke kawasan kampung yang berpersekitaran berair seperti sawah, paya, parit ataupun air yang banyak. Ini kerana tumbuhan ini memerlukan air untuk hidup. Ada sesetengah tempat menamakan tumbuhan ini sebagai kelayau!. Ada yang panggil sayur bebek malah genjer atau centongan. Ada yang menyebutnya sekadar sayur keladi air. Haaa!.. Inilah rupa sayur tu!.
Ada yang pelik dan langsung tak pernah merasa sayur ini kan?!. 
Tumbuhan ini bukan setakat manusia yang memakannya, malah ia juga tumbuhan kesukaan ayam dan itik!.. Hmmm... Tentu ada khasiat tersembunyi kan!.. Seperti daun dan batang pisang yang digemari oleh ayam dan itik tulaa!!.
Tumbuhan ini dijadikan sayur bukan setakat direbus sahaja sebagai ulam dan dimakan dengan sambal belacan atau budu, malah ia juga sedap ditumis. Rasanya unik iaitu punyai seakan rasa sedikit pahit namun sedap dan sukar untuk dijelaskan di sini!. Sayur ini akan dipotong menjadi pendek-pendek seperti kita potong sayur kangkung. Jika ada buahnya yang agak tua kita buanglah kerana rasanya pahit. Begitu juga dengan bahagian batangnya yang sudah tua dan keras perlu dibuang. 

Resepi tumis pedas sayur centongan, kelayau, bebek, genjer atau keladi air.

Bahan-bahan:

Satu lkat sayur centongan, genjer, kelayau, bebek atau keladi air!... Huhuhuuu... Nyebutpon susah!
Satu labu bawang besar
Dua ulas bawang putih
Segenggam bilis (pilihan)
Satu inci belacan( jika suka)(pilihan)
Cili api sepuluh ke lima belas biji
Sesudu kecil gula
Garam dan minyak untuk menumis.
Semua bahan di atas ditumbuk. 

Caranya

Panaskan sedikit minyak untuk menumis lalu tumis semua bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan sayur dan tumislah hingga layu. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Boleh ditambah sedikit air jika suka kerana sayur ini akan mengeluarkan airnya sendiri.ada orang yang tk suka masukkan gula dalam sayuran namun dalam resepi ini saya ada masukkan sedikit kerana selain dari bertujuan mengimbangkan dengan rasa pedas tadi ianya juga akan menerbitkan rasa keenakan yang unik memandangkan sayur ini agak pahit- pahit sedikit. 😀😀. Selamat mencuba!.



No comments:

Post a Comment