Setibanya di kawasan yg berbukit itu, kenderaanku mendaki cerunan ala2 nk ke cameroon gitu gaya tingginya. Namun bagi yang suka pada alam semulajadi, pemandangan sekitar tentu akan terasa mendamaikan sesegar kehijauan flora dan fauna.
Pendakian itu terasa agak lama kerana dalam hati ini tidak sabar untuk melihat dan merasai sendiri kedamaian dan keindahan pemandangan yg akan disajikan di puncak nanti.Dan sebaik mata terpandang pada puncak menara persis istana di kejauhan...rontaan hati makin kuat!. Tiba di pintu masuk, bayaran 12 ringgit untuk dewasa dan 8 ringgit untuk kanak2 dikenakan. Lokasi pertama yg kami tuju ialah colmar tropicale yg teramat aku ingin lihat dgn mata kepala ini.
Sungguhlah,pemandangan dan senibina yang indah , menarik dan persis senibina ala-ala perancis memang sungguh memukau mata. Rata-rata pengunjung akan terpegun dan bibir mengucapkan perkataan..waahh..cantiknyaaa!!.
Bangunan hotel yang menarik ini turut menyediakan restoran dan kedai-kedai untuk pengunjung seperti kedai cenderamata, kedai melukis,pentas tayangan serta pusat video game. sebagai nasihat percuma, sebelum nak memesan makanan di sana, tengoklah dulu harganya ya, kerana ditakuti terkejut tika membayar bil lantaran untuk semangkuk mee sup dan sebarang makanan di sana berharga rm 19.00
Dah puas berlegar di Colmar,kitaorg pergi pula ke Japanese Village,sebnarnya badan dah penat tapi semangat nk tengok tu tinggi setinggi tempat tu yg kita kena daki tangga yg tinggi dan jln berbukit yg juga buat kita menonggek tinggi..hihiihiii...Tk lama kitaorg kt situ,pujian pada cuacanya yg sejuk seperti di cameroon highland,selain pemandangan lanskap dan persekitarannya yg indah.Sesiapa yang gemar makana jepun bolehlah menikmati sajian makanan negara matahari terbit itu di sini.
Hmmm..akhirnya persinggahan sekejap kami diakhiri dengan melepak dan menangkan jiwa dengan menyaksikan haiwan conel dan jinak di animal farm. Nak masuk?...bayarr lagi rm 3.00satu pala tau!. Terhibur dengan kecomelan dan kemanjaan sang arnab, selain kemesraan sang rusa dalam melayani karenah pengunjung!. Anak-anak bolehlah diberi peluang untuk menunggang ponny di situ...bayarr jerrr!!...hihihiii....
Arnab yang banyak dan jinak-jinak pasti memukau pengunjung tidak kira tua atau muda.
ingin merasa sendiri pengalaman memberi rusa makan.
rusa yang dewasa jantan ini turut jinak dan tidak takut orang ramai. Terdapat dua jenis rusa di taman ini.
TQ
ReplyDeleteBoleh bawa makanan sendiri tak?
ReplyDeleteboleh sahaja!
Delete