Aku nak ceritakan sesuatu yang unik dan mungkin kelakar bagi sesetengah orang tentang bahasa Banjar. Kebetulan keturunanku ada campur sikit dengan darah Banjar ini yang diwarisi dari sebelah ibuku. Oleh kerana negara kita kini lebih dikenali sebagai 1 Malaysia, maka semua orang sedia maklum bahawa masyarakatnya adalah dari berbilang kaum dan keturunan serta bahasanya juga. Mereka telah hidup bercampur dan penuh dengan rasa muhibbah tanpa mengira bangsa.
Al kisahnya kembali kepada apa yang aku nak tekankan mengenai keunikan orang Banjar itu sendiri adalah dari segi bahasanya yang tersendiri. Hasil dari pergaulan bersama-sama dengan orang yang berbahasa selain Banjar seperti Jawa, Minang,Melayu dan sebagainya maka dapatlah aku rakamkan antara beberapa istilah Banjar yang unik itu.
Seorang pemuda Banjar (B) yang berkawan dengan pemuda dari bangsa lain (J) telah berbual. Antara siri perbualan mereka yang kedengaran dan sempat dirakamkan:
Siri A.
Pemuda J;Hai Ahmad, kamu hendak pergi ke mana tu?
Pemuda B: Ooo..aku handak tulak kadai.
Pemuda J: Laa...buat apa kau nak tolak kedai tu pulak...robohlah nanti kedai tu!
Pemuda B:Ngeeeee....!!!
perhatian!!.... Tulak dalam bahasa Banjar ialah pergi.
Siri B
Pemuda J: Semalam aku ikut rombongan merisik ke rumah Husin tu, tapi aku tak puas hati masa mereka menghidang makanan tengahari tu.
Pemuda B: Napanya?
Pemuda J: Masa makan tu, tuan rumah kata ada lauk ayam, katanya sedang guring, lama kita orang tunggu tapi tak jugak dihidangkan sampai kita orang habis makan!
Pemuda B: Ummai ai!
Perhatian!! Guring dalam bahasa Banjar ialah tidur!
Siri C
Pemuda J: Aku peliklah, orang Banjar ni kalau pergi ke kedai, tak pernah beli barang?
Pemuda B: Yakah?
Pemuda J: Ya lah.Setiap kali pegi kedai aku selalu dengar orang banjar ni asik tukar barang aje. Untunglah ya!.
Pemuda B: Oo..nukar barang tuh!.
Perhatian!! Nukar/tukar dalam bahasa Banjar ialah beli!
Siri D
Pemuda J: Ahmad, aku hairanlah, masa nak raya haritu, aku terjumpa seorang banjar ni yang nak beli daging.Tapi yang peliknya, orang tu beli daging yang lebih mahal harganya dari daging lembu segar.
Pemuda B: Daging apanya yang mahal tuh?
Pemuda J; aku dengar orang tu beli daging rusak!...Peliklah, daging yang dah rusak tapi harganya lebih mahal dari daging lembu segar?
Pemuda B: Oh My Banjar Language!!
Perhatian!! Rusak dalam bahasa Banjar ialah rusa!
No comments:
Post a Comment