Idea menjejak asal usul keturunan kami di Ponorogo ini dizahirkan oleh adik yang ingin merealisasikan impian arwah bapa yang ingin menjejak kaki dan melihat sendiri tanah tumpah waris keturunan nenek moyangnya. Lantaran kami masih lagi mempunyai saudara yang boleh dihubungi di Ponorogo, maka misi yang boleh dikatakan secara tiba-tiba ini terus sahaja kami cuba untuk realisasikannya.Setelah semua urusan dalaman di Malaysia selesai, kami menghubungi waris di Indonesia bagi menyatakan hasrat kami ingin bertandang ke sana. syukur alhamdulillah, hasrat kami itu disambut baik dan mereka bersedia untuk menyambut kedatangan kami.
Mercu tanda yang ada di bulatan sekitar bandar Ponorogo.
Hari yang ditunggu pun tiba, sebelum menaiki pesawat, aku sempat memaklumkan dan menghantar gambar kepada waris yang akan menjemput kami di lapangan terbang. Maklumlah, kami tak dapat membayangkan wajah masing-masing dan belum saling mengenal.Kami tiba di Bandara Surabaya pada pukul 12.00 tengah hari dan syukur, berdasarkan tudung yang kami pakai, waris yang menunggu kami dapat mengecam kami dan bermulalah sesi perkenalan bertanya khabar kedua-dua belah pihak. Kami dijemput menaiki kenderaan yang akan membawa kami pulang ke Panorogo yang mengambil masa sekitar 4 hingga 5 jam. Maka bermulalah pengembaraan dan menikmati pengalaman berada di negara dan tempat orang. Kami melalui jalan tol yang agak selesa walaupun kelebaran jalannya tidak selebar jalan tol di negara kita. sepanjang jalan tol terdapat juga kemacetan dan sesak terutama di kawasan bandar.Apa yang agak menghairankan kami ialah R & R di jalan tol mereka sangat simple dan hanya ada beberapa lot kedai sahaja. Kedai makannya seolah hidup segan mati tak mahu disebabkan jarang orang singgah makan. Jika ada oder baru mereka masak.Namun surau lebih selsa dan besar dari gerai makan tadi. Di suraulah kami jumpa kipas manakala di tempat lain mintak maaf la kalau ada kipas.... payah nak jumpa kipas wehh!! huwaaaa... kami yg tak biasa ni memang kepanasan laa... air batunya pun tak sejuk sangat. huhuhuhuuu....
Setiba di Desa Bogem Ponorogo, persekitarannya biasa sahaja dan tidaklah seperti yang pernah digambarkan oleh saudara yang pernah ke sana sebelum ini. Mungkin seiring dengan peredaran masa, perubahan dan kemodenan turut merubah desa tersebut menjadi semakin bertambah baik dari semua segi. Apa yang aku dapati, orng-orang desa tersebut sudah mempunyai bilik air dan paip di dalam rumah. maka tidak perlu lagi mereka mandi di perigi atau di luar rumah. Begitu juga jalannya sudah diturap dan selesa untuk kenderaan melaluinya. Namun masih ada sedikit tradisi yang masih mereka kekalkan seperti memasak, dekorasi rumah dan cara bertani.Apa yang membuatkan kami semua hairan ialah semua rumah di sana kebanyakan tiada kipas... ada pun kipas duduk atau kipas berdiri yang di pasang ketika perlu.Bayangkan lah kami yg kepanasan ni....rasa menggelupur dibuatnya.
Kami disambut oleh sanak saudara di sana dengan meriah dan silih berganti bertandang melihat kehadiran kami. Alhamdulillah kami rasa sangat diterima dan tidak kekok berada di sana. Setelah bersuai kenal dengan orang yang paling tua dalam keluarga yang kami sebut sebagai embah Wiji, rupanya panggilan atau pangkat sebenarnya yang kami perlu panggil ialah Bokde atau makcik dan bukan embah. Bokde memperkenalkan satu demi satu anak-anak dan saudara maranya yang hadir ketika itu.kami juga memperkenalkan diri sebagai anak dan menantu dari bapa kami Sentat bin Jumiran (dlm ic tulisnya Jumiran tapi di Ponorogo mereka sebut Jemiran) yang lawaknya, bapak bin jumiran, adiknya ada yang tulis binnya sebagai jasmiran,dan jamiran.
No comments:
Post a Comment