Haaa...resepi ini aku nk kongsi sbb ianya mudah dibuat dan sedap kepada mereka yg suka kuih apam. teringat pulak masa kecik2 dulu, embah aku terror buat kuih apam ni..terutama masa ada majlis,maka akan harumlah rumah dengan bau apam
yang di peram dan di kukus. Malangnya, emak aku plak tak tau nak buat kuih ni.Untuk pengetahuan, mula2 aku pandai dan terror buat apam ni, selepas aku dapat resepi dari jiranku semasa aku di Pahang.Tapi masa tu resepinya menggunakan eno dan tepung beras,berbanding dengan resepi yang ini hanya menggunakan mauripan! .Bagaimanapun,...rasanya tetap mblesss walaupun sedikit berbeza teksturnya.Ikut cita rasa masing2 lah..sbb ada setengah orang tu,memang gemar makan apam tepung gandum ni.
Nak resepi
Niii haaaaa....
bahan2.
2 cawan nasi,
2setengah cawan air,
1cawan gula...semua bahan ni korang blender halus ekk...klu tk halus,nnti apamnya pon tk halus jugak!
2cawan tepung gandum dan 2 cawan tepung beras serta sepeket mauripan,
korang campur dan sebatikan gaulnya.
pas tu,
satukan kedua-dua bahan yang dikisar ke dalam campuran tepung tadi. Gaul sebati kemudian biarkan peram semalaman atau sekurangnya lebih dari 3 jam. Kukus dlm loyang atau acuan pilihan sendiri selama 40 minit dlm api sederhana.
cubalah, resepi ni pun aku dapat dari rakan fb.Oh ya, pada yang suka apamnya berwarna warni tu..bleh la letak pewarna ya!
No comments:
Post a Comment