Monday, March 27, 2023

AKU....AKU! MU... MU!

 Aku aku!... Mu mu!.. 

Bercerita tentang gabungan 2 keluarga setelah disatukan dengan ikatan perkahwinan memang banyak pahit manis dan asam garamnya. Tak terkecuali  terhadap diri  Puan Odah.. pada awal perkahwinan Pn Odah niatkan dlm hati, keluarga suami adalah keluarganya jua, dia akan berusaha untuk terapkan perasaan itu sebaik mungkin.  Namun siapa sangka jika harapan itu berlalu begitu sahaja bagaikan ombak laut yang menyapu pasir di pantai. 

Pn Odah  sering berfikir dan muhasabah mengapa terjadi sedemikian sedangkan dia sendiri sebolehnya  mahu kemesraan 2 keluarga akan  selamanya terjalin.  Namun apa yang dia  dapati  setelah diperhalusi satu persatu dia sedar,  semua itu umpama rezeki ketentuan Allah jua. Dia  telah berusaha untuk cuba menyemai kemesraan namun semua itu tidak akan berjaya jika tiada usaha dari 2 pihak. Jika sebelah pihak sahaja yg beria, sedangkan sebelah pihak lagi tidak bersungguh, inilah hasilnya. Hanya sekadar hubungan biasa disebabkan oleh perkahwinan bukan seperti hubungan keluarga sedarah sedaging. 

Suami Pn Odah sendiri jelas menunjukkan sikapnya yang tidak acuh kepada keluarga sebelah Odah. Banyak acara , isu keluarga, program atau majlis keluarga yang suami Odah reject tidak mahu terlibat degan alasan kerja dan sebagainya. Pada mulanya Pn Odah dapat terima alasan itu namun lama-kelamaan dia merasakan ia bukan kerana sebab yang dinyatakan itu tetapi memang suami Odah tidak berminat untuk amik tahu. Sejak itu secara sendiri Pn Odah sedikit demi sedikit mulai tawar hati  untuk beria ambil tahu terhadap keluarga mertuanya pula. Adakala Pn Odah gunakan alasan yangma seperti alasan yang diberikan oleh suaminya ntuk tidak ikuti program atau  peduli apa-apa isu keluarga mertua. Bagi Odah ia adalah adil kerana Odah bukan jenis orang yang hidung tak mancung  pipi tersorong-sorong. 

Lagipun ipar duai Odah bukan jenis ramah mesra atau gemar mahu bertanya khabar berkongsi cerita. Mereka anggap Odah ni lebih seperti tetamu dan org luar sahaja. Itulah yang dapat Odah katakan. Pernah Odah berharap agar keluarga suaminya boleh melakukan seumpama keluarga Odah yang tidak pernah berkira dengan ipar duai, malah keluarga Odah sentiasa anggap mereka sebagai keluarga sendiri. Hubungan keluarga Odah dengan ipar duai pun mesra dan utuh walaupun bukan tiada cabarannya namun mereka masih tetap percaya bahawa adik beradiklah yang akan bantu semasa dalam susah atau senang. Sebaliknya apa yang Odah rasa di pibak keluarga mertuanya, mereka hanya sayangkan suaminya  sahaja kerana ada hubungan darah sedangkan terhadap Odah dan anak-anak,  mereka anggap sekadar seadanya dan mukin anggap  sebagai orang luar, malah layanan mereka juga tidak seadil. Bukan sejak anak-anak dah besar, malah dari anak-anak Odah kecil lagi dia dapat lihat dan rasa tetapi Odah pendamkan sahaja dan buat tidak peduli. Kesannya, hingga kini anak-anak Odah sendiri pun tidak betah atau selesa  apabila berlama-lama di rumah atuk nenek sebelah bapa mereka.

Sungguh!.. semua yang terjadi bukan  aturan atau jangkauan Odah, malah jauh sekali sebagai ajaran  tetapi anak-anak itu sendiri rasa lihat serta alami.. Perasaan tidak selesa dan tidak mesra itu tidak pernah pun keluarga sana peduli atau cuba baiki.. katalah ( contoh je) andai mereka cuba untuk baiki hubungan degan bertanya khabar atau berhubung  dalam sebuah grup wasap keluarga ke, itu sudah cukup!. Tapi itupun mereka tidak terfikir!. Mereka ada grup keluarga tetapi mereka tidak masukkan Odah dan anak-anak Odah untuk join mereka. Dlm hati Odah sebenarnya rasa bersyukur juga sebab tidaklah nnti Odah rasa terikat. Seperti yang Odah katakan,, pinggan tak retak nasi tak dingin.. hidung tak mancung pipi jangan tersorong-sorong. Banyaklah faktor dan perkara lain lagi yang berlaku yang membuatkan hati kecil Odah agak"terasa" dan membuatkan dia ambil pendekatan  " buat tak tahu" bila keluarga mentuanya hanya umpamakan suaminya  sahaja  dalam semua perkara dan tidak pernah mahu melibatkan Odah dan anak-anak. Hari keluarga atau sesekali ipar duai dan mentua Odah bersiar-siar atau berjalan-jalan tidak pernah mempelawa Odah sekeluarga. Selama ini suami Odah lah yang jadi tukang repoter menceritakan perkembangan  keluarga mreka kepada keluarga mentua Nama untuk mereka sendiri buka mulut bertanya kepada Odah tidak pernah sama sekali. Odah puila jenis pendiam, orang tidak akan bertanya dia juga takkan bercerita yang tidak perlu, kerana pada Odah, tidak ada keperluan pun bercerita jika orang tidak berminat nak dengar atau tahu.  Odah bukan seperti keluarga suaminya  yang rajin bercakap. banyak mulut dan bising seakan astro. Semua ada. Tapi Odah lihat dan Odah dengar serta hadam dengan semua perkara yang berlaku. Odah ada hati dan perasaan, Odah ada mata hati sendiri. Apapun sebenarnya Odah tidak kisahpun jika mereka tidak anggap dirinya ini sebagai siapa-siapa kerana Odah sendiri sudah malas dan penat nak melayan titik begik begini. Kalau keluarga suaminya  hendakkan anaknya  sahaja, Odah tidak kisah pun. Ambillah! pergilah dia kepada keluarganya  kalau itu yang dapat  membahagiakan mereka.

Itulah sebenarnya apa yang Odah rasa. Biarpun sebelum ini Odah pernah cuba untuk sentiasa bertanya khabar keluarga mertua dengan menelefon  secara berkala, namun semuanya berubah setelah ada sedikit miss komunikasi apabila Odah bertukar nombor telefon.. sejak iinsiden itu, baik keluarga mentua atau Odah sendiri tidak lagi pernah berhubung melalui telefon.  Mereka hanya bersembang jika Odah  balik kampug mengunjungi mentuanya. Setelah pulang, masing-masing  tak peduli tentang masing-masing  kecuali dengan suami Odah sahaja mereka bertanya khabar dan berhubung. Bukqn tak pernah Odah luahkan kepada suaminya tentang "ketidakselesaan" yang berlaku tapi suami Odah  hanya membatukan diri dan menyerahkan kepada Odah sendiri untuk menyelesaikan dan hadap sendiri situasi itu. 

Kesudahannya, Pn Odah  akui apa yang berlaku ini amat adil..Dia dah mula selesa. Adil kerana bagaimana suami melayan keluarganya, dan bagaimana keluarganya melayan Odah dan anak-anak, begitulah hasilnya yang berlaku kepada  Odah dan anak-anaknya sekarang.  Apa yang kau beri itulah yang kau dapat!. Odah pun sedar, Dia sendiri tidak pernah usaha kuat untuk beri yang terbaik dan Odah tak harap pun yang terbaik akan dia dapat dari mereka. Dia tidak  mengharap untuk mendapat lebih dari yang dia rasai sekarang. Odah dah lali dan mangli hadap situasi tidak selesa begitu. Harapan Odah moga apa yang berlaku terhadap Odah ini boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain. Ambillah sisi yang baik dari kisah Odah ini dan buanglah sisi yang gelap.



No comments:

Post a Comment