Wednesday, December 18, 2024

SEBUAH MEMORI BERSAMA SURI ......yang bernama Zamni



18/12/2024

Teman... pagi ini mendung serata alam sama seperti mendungnya hati-hati kami bila mendengar khabar duka itu. Teman, air mata kami pagi ini seiring dengan air hujan yg membasahi bumi. Lelahmu menanggung derita takkan sama seperti lelahnya hati kami yang hanya mampu melihat.

Teman, tersurat dan tertulis sejarah perjalanan hidupmu yang terhenti dengan mendadak begini, telah kau lalui dengan ketabahan dan kepayahan. Teman, ketahuilah, betapa beruntungnya kamu di saat kesakitan yang akan diganti dengan pahala dan kebaikan. Terhapuslah dosa-dosa mu teman. Syurgalah tempatmu kerana pergimu kelak dengan keredoaan suami dan ibu.. ternyata aku cemburu...

Teman, perkenalan kita walau seketika cuma cukup berbekas dan mendalam di sudut taman hati ini.. pasti memori manis antara kita menjadi pengubat rindu nanti pada seorang  suri yang kukenali bernama Zamni.. 


Percayalah teman, tak perlu lagi kau risaukan dan jangan pernah kau sangsikan bahawa semua tanggungjawab di dunia ini telah berjaya kau sempurnakan. Segala urusanmu  berjaya kau sempurnakan. Segala yang terbaik telah kau persembahkan untuk  kami dan semua insan yang kau sayang. 

Dan kami SURI AMSAS..... Tiada kekesalan

19/12/2024...

Teman, hari ini berita kepergianmu kembali menghadap pencipta tersebar luas. Ramai sahabat dan kenalanmu menziarahi, mengucapkan selamat jalan buat selamanya kepada mu. Berehatlah teman di syurga Allah. Dia lebih menyayangimu dan tidak membiarkan kau menanggung sakit terlalu lama di dunia ini. Tinggallah kami SURI AMSAS mengenang memori yang pernah kita jalani.


Nukilan hati,
Okidputeh
19/12/2024
SELAMAT JALAN SAHABAT...



No comments:

Post a Comment