Monday, November 21, 2022

AKU BUKAN NELAYAN!..

Aku bagai seorang nelayan wanita yang di campak ke laut oleh nakhoda kapal

Aku bukan nelayan tapi hidupku harus jadi seperti nelayan 

Dulu nakhoda itu menjemputku menaiki kapalnya yg ku rasakan mampu untuk menampung pelayaran berdua

Aku yang tercampak terkapai-kapai mencari pelabuhan

Aku sendirian kehausan mencari air penawar dahaga

Aku kekeringan dalam air menahan panas terik mentari

Aku gagahi kudrat meneruskan kelangsungan hidup ini dalam dunia lautan 

Aku bisa lihat kapal itu terdampar belayar di sebelahku namun nakhoda seolah tidak menghiraukan keadaanku yang terumbang ambing dia  terus sibuk memacu kemudi sambil membiarkan aku mengintai daratan mencari haluan

Aku lelah memujuk hati yg kebasahan

Aku bampir lemas tertelan masin air laut 

Adakala jiwaku bagai kulit kekeringan memggelupas terbakar 

Nakhoda terus tersenyum melihat aku seakan tidak apa-apa..kerana 

Aku mungkin masih boleh berenang

Aku berusaha untuk terus terapung

Aku tak mahu aku terlihat karam didepan matanya

Walaupun hati aku telah lama karam 

aku bukan nelayan...

nakhoda memandangku tanpa rasa simpati

mungkinkah dia mahu aku merayu agar dapat kembali menaiki kapalnya?

dia ingin aku meratap jerit memanggil namanya?

diia ingin mengajar dan memberi aku pelajaran? 

ia silap!..walaupun aku bukan nelayan tapi berpengalaman mencari ikan

aku kenal kilas ikan di laut jantan atau betuna.

aku tahu tika mana air pasang surut dan aku faham tika bila aku perlukan pelampung atau kapal...



2 comments:

  1. Orkid Putih macam mana saya nak hubungi saudari utk dapatkan rawatan sakit kaki ayah saya. Saya terbaca Orkid Putih ada post pasal urutan sakit kaki. Ayah saya sedang menderita sakit kaki. Boleh share info ttg urutan sakit kaki tersebut.

    ReplyDelete