Tk mungkin lagi aku hamparkan tentang kepecayaan ini
Tentang rasa ini
Tentang harapan ini dan tentang ikatan ini
Biarlah aku simpankan sebahagiannya
Cukuplah seadanya yg termampu kuberikan kini
Setelah dulu kuserahkan semuanya
Setelah kelmarin kau adalah jiwaku
Namun kini tak mungkin lagi sama rasa ini
Kerna aku tk ingin terluka dan terus dilukai
Tak mungkin lagi aku titipkan sayang dan rindu sepenuh kalbu
Biarlah aku luputkan rasa itu
Jika itu yg sekadar aku termampu
Kerna aku telah serik rasa tertipu
Biarlah sekadar rasa yang ada dan yg termampu untukku pegang
Biarlah sekadar sisa-sisa seadanya
Tak mungkin lagi kugantung harap
Tak mungkin lagi aku berharap
Dan jangan berharap
Andai takdirku untuk melepaskan
Andai takdirku untuk meninggalkan
Malah aku bersedia ditinggalkan dan meninggalkan...
Tak mungkin lagi rasa ini sama seperti hari itu
Tak mungkin lagi jiwa ini tenang seperti dahulu
Segalanya telah tidak memungkinkan..
Kerana aku tahu, hatimu pun jua begitu...
14 ogos 2022
1.07 tengah hari
No comments:
Post a Comment