Sejak dari mula nk bergerak dr rumah lg, Aju perasan suaminya sudah senyap n tidak bersuara. Aju tahu, mereka sudah agk lewat utk mulakan perjalanan ke Melaka kerana program reunion suaminya itu. Namun urusan mengemas rumah n menguruskan kucing2 yg akan ditinggalkan agak mengambil sedikit masa sehingga suaminya tk sabar lg. Pd masa yg sama, anak2 dilihat seolah berlengah2 dengan berposing terlebih dahulu.
Perjalanan bermula dengan positif, namun ketika itu terdapat banyak kenderaan di atas jalan. Suami Aju mula memotong satu demi satu kenderaan di hadapannya. Suasana masih terkawal lantaran jalan raya itu jln kawasan kampung yg tidak seluas hiway. Namun sebaik tiba d hiway, suami Aju mula menekan minyak dan mengambil lorong paling kanan. Aju mula tidak sedap hati dan seriau sbb dia tahu cara pemanduan suaminya. Lebih2 lg pabila suaminya mula mengeluh apabila di hiway pun mulai padat dengan kenderaan dan pergerakan kereta tersekat2. Seperti biasa, semakin perlahan trafik semakin naik syeikh lah dan hilang kesabaran suami Aju memandu. Dia mula tekan minyak dan mencilok2 untuk laju. Ini yg membuatkan Aju stress dan tk putus berzikir serta menyuruh suaminya mengurangkan kegopohan. Sebenarnya, sejak kes Aju d langgar kenderaan dari belakang, Aju mulai fobia apabila jarak kenderaan amat rapat antara satu sama lain. Namun ego lelaki, semakin d tegah semakin menjadilah sikap mereka. Apa yg Aju tidak suka ialah habit suaminya yg suka memncucuk kenderaan d hadapannya dgn jarak yg sgt dekat... ini memg satu kefobiaan bg Aju kerana dia khuatir jk kenderaan hadapan brek mengejut, akibatnya nanti....?? Siapa yg salah? Dh tentu kenderaan belakang akan d persalahkan, siapa yg teruk rosak? Dh tentu kenderaan belakang yg teruk rosak jk melanggar kenderaan d hadapan. Siapa yg rugi n siapa yg akan tanggung? Sudah tentu berbalik juga pd mereka dan keluarga mereka... Namun suami Aju seolah tidak memikirkan langsung perkara2 begitu. Malah dia menyalahkan penumpang sebelah yg kononnya menganggu pemanduannya, dia seakan mendabik dada bahawa dia tahu apa yg dia buat.
Sepanjang perjalanan dari P ke melaka, penuh dgn stress dan mereka suami isteri tidak bercakap antara satu sama lain. Ajju geram n sakit hati dgn perangai pentingkan diri suaminya tanpa mengira ada pemumpang isteri n anak2 yg di bawa dlm kereta itu. Lainlah klu suaminya tu drive seorg diri, lantakkan lah nk bawa selaju mana. Sekali suaminya tk bercakap, jgn harap dia juga akn bercakap. Perasaan remuk n muak dgn perangai suaminya itu perlahan mula timbul semula dan kali ini agk sukar utk Aju memujuk hatinya.
Malah terasa lukanya makin dalam.
Perjalanan yg menyiksakan hati Aju akhirnya berakhir setelah lebih kurang 4 jam perjalanan. Mereka tiba d chalet yg menyediakan program reunion utk suaminya itu, apalagi?... memg apa Aju sangka semuanya benar belaka. Apabila suaminya sudah berjumpa kawan2 lama, maka luplah dia pd isteri n anak2 yg ditinggalkan dlm kereta. Sedangkan mereka juga penat n belum solat. Manakala, hotel tempat sepatutnya mereka menginap masih belum mereka sampai.
Tiba2 suami Aju menelefon menyuruh aju dtg ke dewan resort utk join sekali. What?!!.. perlukah?.. dh nk pukul 6 petang wehh!..
Aju menolak dgn memberi alasan utk solat n cek in terlebih dahulu. Aju akan menyusul kemudian utk mengambil suaminya magrib nanti utk mereka tukar baju dan mandi dan Aju menyangka mereka akan dtg semula selepas magrib utk sambung program. ( seperti yg pernah disembangkan oleh mereka berdua sebelum ini)
Aju dan anak2 selamat cek in dan siap membayar sarapan utk 5 org. Selepas solat mereka anak beranak meninjau seketika kawasan sekitar sebelum pergi semula ke tempat program yg jauhnya memakan masa 7-10 minit perjalanan. Dr tg bidara ke pangkalan balak. (Mereka tidak dapat book resort yg satu tempat program kerana dh penuh)
Malang lagi sekali, rupa2nya suami Aju tk nk balik utk tukar pakaian atau mandi pun!.. (sebelum tu sempat Aju tanya nk balik tukar baju tak, jawabnya nak juga) tetapi rupa2nya dia meneruskan aktiviti bersama grup reunion dgn membiarkan Aju n anak2 tertunggu n terpinga2... dr magrib hinggalah tunggu... tunggu lagi... ( masa ni ahli reunion meeting dlm bilik )hingga lepas isyak dlm pukul 9.15 malam barulah mereka keluar dan memulakan acara utk mkn malam!.. nasib baik sementara menunggu tu, Aju menyuruh anknya memancing ikan bg memenuhi masa menunggu. Aju hampir2 tersengguk keletihan.... walaupun tiada seekor ikan pun yg sangkut, sekurang2nya masa mereka agak terisi.
Ingatkan berakhirlah stress hari itu bila dpt makan malam.
Perut yg masing2 sudah berkeroncong memg berharap dpt makan malam yg istimewa dari grup reunion ini. Rupa2nya hanya indah khabar dr rupa. Makan malam hanya dengan nasi goreng, me goreng yg tk cukup dan habis, org yg baris belakang tk dapat. Dh la petang td hanya ada kuih sarang lebah shj utk kudapan. Air kosong sbb air panas hanya ada dlm termos kecil... org ramai... termos kecil!?... huhuhuhuuu
Jadilah, rezki mkn nasi goreng sorang 2 senduk. Air? .. secawan polistrin tu di kongsi 4 org. Ayam bakar? .. dapat la 2 ketul kongsi 4 orang... hmmmmmm...
Dlm hati Aju memg menyumpah n mengumpat ler... reunion apa camni? Camna depa uruskan makan minum ni? Klu adat melayu, biar lebih jgn kurang bila melibatkn bab makan. Dh la utk famly yg tidak sewa bilik tk ada tempat utk lepak2 kecuali duduk d kerusi tempat makan tu dr mula sampai hingga nk balik. Yg heran, boleh pulak kerusi meja dihadkan yg boleh d guna hanya sebahagian, separuh lg tidak d benarkan guna atas sebab yg kononnya ada org lain nk guna... OMG!!... boleh plk camtu?.. sdgkan sampai pukul 11 malam tk ada pon org lain yg dtg guna kecuali ahli program reunion itu sahaja. Adoiiii!... Aju memang geleng kepala.. Maka makan lah mereka merata-rata cari tembok untuk duduk. Meja kerusi yang kosong belambak lagi tk di bagi guna!. menyumpah jugk dalam hati sebab stress..
oleh kerana minum pon tk cukup, n makanan bercatu, Aju dan anak2 ambil keputusan utk pergi ke gerai makan di sebelah resort sahaja sementara program reunion di teruskan dgn nyayian karaoke dan cabutan bertuah. Aju dan anak2 oder makan dan minum sambil berbual2 dgn gembira. Terlihat beberapa fmly lain juga turut dtg ke gerai makan yang sama dan pesan makan dan minum.
Tiba2... suami Aju datang dengan muka keletihan serta mengadu tak larat, letih dan ngantuk. Aju sangka program sudah habis untuitk malam itu sebab cabutan bertuah pon dah tamat. Hanya setakat aktiviti santai2 dan nyanyi2 je pada sesiapa yang berminat. Sebahagian peserta nampaknya sudah beransur pulang kecuali yang memang menyewa resot tersebut.
Selesai anak2 makan dan Aju membayar harga makanan, mereka pun bersiap2 utk pulang ke resort mereka pula.. Suami Aju singgah semula di dewan program sementara Aju terus menuju ke kereta sementara menunggu anak2 mengemas alatan pancing. Mereka menunggu di kereta... tunggu..dan tungguu.... eh?... kenapa lambat benar suami Aju nk sampai ke kereta, adakah mungkin dia tk nampk Aju n ank2 bergerak ke kereta?.. Aju mengirim anknya untu--------k menjemput ayahnya pulang ke resort. Alangkah terkejutnya Mereka apabila anknya memberitahu bahawa ayahnya memyuruh mereka pulang dahulu dan akan call kemudian jika dia nk balik bilik untuk tidur!..?? WHAT?!!..
Aju kembali stressss!!!.. Aju memgirimkn srkali lg anknya dengan menyatakan SEKARANG waktu sudah jam 11 .15 malam l!.. ( buka pukul 9 ke 10 ke) 11 lebih ok!.. lama lagikah nak baliknya?
Malangnya, jawapan yagn sama masih diterima iaitu suami Aju masih enggan pulang dgn mengatakan program belum tamat dan dia akan call kemudian!..
Helooo!... Aju dah sampai hotel mandi solat semua tu pun dh pukul 12 malam lebih beb!... agak2 rajinke ko nk keluar lagi semata-mata nk jadi driver amik org hatar org?... agak2la... Stress Aju dan anak2 kian ke kemuncak!... maklum badan masing2 dh letih... jadi mereka mengambil keputusan utuk membiarkan sahaja org yg tk nk balik tu td utk puas2 berjimba sampai lebam. Masing2 anak2 dh tarik selimut dan mematikan hp n cas. Tutup lampu!.. Aju pun nekad untuk keraskan hati dan tidak peduli apa akan jadi pada suaminya. Pandai2 lah nk balik !.. Maka Aju dan anak-anak mula terlena...-
Sedang Aju mulai hanyut untuk lena, tiba-tiba terdengar ketukan di pintu bilik. Terdengar pintu di buka. Rupanya suami Aju pulang dan meminta kunci dari receptionis untuk masuk ke bilik. Jam menunjukkan hampir 1.30 pagi. Aju yakin, semua mereka tidur malam itu dengan perasaan yang amat tertekan.
No comments:
Post a Comment