Ramai maklum, sejak dunia dilanda Covid, kehidupan dan perjalanan kisah manusia banyak berubah. Boleh dikatakan hampir cacamarba dan semuanya dilakukan dalam keadaan serba salah.
Begitu juga yg aku rasai secara peribadi. Harus mahu salahkan siapa?..Perlukah salahkan sesiapa? Sedikit sebanyak kuakui,Covid ini dapat menjejaskan emosi rohani dan jasmani. Haruskah kita mengalah?..
Kalau sebelum covid ini, rutin aku pulang ke kampung bertemu emak dan adik beradik yang lain dapat dilakukan bila-bila masa dan boleh dirancang sekiranya memerlukan, namun pada zaman covid, semua itu tidak boleh dilakukan ikut suka malah untuk mendapatkan peluang pulang ke kampung pun payah. KESANNYA?.. ya, tentulah ada kesannya, aku terkesan! sangat terkesan, kerana bagi aku, pulang ke kampung dan bertemu adik-beradik merupakan satu terapi dan motivasi yg membantu aku lebih bersemangat dan menghilangkan galau di hati.Tidak dapat pulang bertemu emak, anak, bertemu adik beradik secara perlahan ia bagai racun yang memakan dalaman emosiku. Bagaimana nak kugambarkan keresahan harti ini, kerinduan, walau pada kucing dan tanamanku yang sekangkang kera... Segalanya dan semuanya harus aku telan dan hadam.Boleh tak bayangkan bagai api di dalam sekam? begitulah rasa dan rindu yang tidak terluahkan ini, sering kupendam di dalam hati...Dulu, andai serabut fikiran, pulang ke kampung membuat fikiran lapang... jika ada emosi terpendam, bertemu emak, bertemu adik beradik bagai penawarnya... berjumpa di alam siber dengan secara 4 mata banyak bezanya... Allahuu...
Sudahlah dalam suasana covid, ditambah pula jarak yang jauh memisahkan antara aku dengan mereka semua, hatta dengan anak-anakku sendiri...Jika tiada covid, jarak bukanlah masalah untuk aku bersatu dengana orang yg aku sayang. Begitulah kejamnya covid ini di mataku... Covid ini menyusahkan, covid ini memburukkan keadaan... Huaaaaa!...waaaaa!... Tangisan yang tidak berguna!.
Sekali lagi, perlukah aku salahkan covid?..
Oh Tuhan, tolonglah lapangkan dadaku, menerima ketentuanMu dengan redo, kerana ini hanya ujian kecil buat diriku... Ada lagi org lain yang lebih terjejas emosi dan rohaninya lebih dari yg aku rasa. Moga kau permudahkanlah urusan kami ya Allah!.
No comments:
Post a Comment