Seperti biasa murid-murid berhimpun untuk membaca doa dan formula-formula serta sifir semasa perhimpunan pagi.Selesai membaca sifir dan formula, maka senamrobik pun dimulakan dengan kerjasama dari murid tahun 6 dan beberapa orang guru.
Sebenarnya, baru semalam pihak Milo menelefon ke sekolah untuk program ini. Apalagi, kelamkabut sikit jadinya sebab minggu ini sebenarnya minggu peperiksaan pertengahan tahun. Jadi pihak sekolah terpaksa pinda masa untuk mula ujian dan aku pun bidan terjun mencari murid tahun 6 utuk menyuruh mereka membuat sedikit persiapan sebagai konduktor senamrobik untuk hari ini.Huhuhuuu...
Nasib baik ada lagi muzik tahun lepas, Gaya dan bunga senaman kebanyakannya kamihamtam je... Nasib baik ada cikgu Hadida tolong bantu tunjuk ajar murid buat pergerakan senamrobik. Apapun semuanya sporting dan murid-murid teruja buat bersungguh-sungguh. Sebab sapa tk buat nnti tak dapat minum Milo!...hahahahaha
Sesi bergambar bersama Milo setelah usai bersenamrobik.
Murid berbaris mengambil minuman dari lori Milo. Pantas sungguh abang milo tu mengiisi cawan-cawan dengan air milonya.Kejap je semua murid dh dapat minum. Terbaik lah abg Milo!!
No comments:
Post a Comment