1. UCAPAN YDP PIBG SEMPENA PERSARAAN GURU BESAR
ASSALAMUALAIKUM W.W.T.. SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA.
YANG DIHORMATI DAN YANG DIRAIKAN, ENCIK AZNI B. DAUD, GURU BESAR SK SELABAK .
YANG BERUSAHA, _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ PPD HILIR PERAK,
YANG BERUSAHA, PN RAMLAH BT TAN , GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM, SK SELABAK,
PUAN NOOR AZWA BT ABDUL,GURU PEOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
EN MOHD NAJIB BIN WAZIR,PENOLONG KANAN KOKURIKULUM sk selabak,
Pegawai-pegawai dari JPN Perak, pegawai-pegawai dari PPD Hilir Perak,
Guru besar - guru besar, barisan guru-guru Penolong Kanan ,
Jawatankuasa Pengelola Majlis Jasamu Di Kenang,Guru-guru,
BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG, dan para pelajar sekalian.
Saya SEBAGAI YDP PIBG SK SELABAK, ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan betapa kami sangat berbangga kerana telah mendapat khidmat pentadbiran dan perjalanan pengurusan sekolah ini daripada Tn Guru besar . Beliau adalah seorang pentadbir yang sangat dedikasi dan tidak pernah lokek memberi bantuan dan sokongan kepada PIBG . Sehingga ke saat ini, beliau masih bekerja keras melunaskan amanah yang diberikan kepadanya bagi memastikan semuanya berjalan lancar selepas peninggalannya. Encik Azni yang kami kenali mempunyai wawasan yang jelas dalam melestarikan kecemerlangan pendidikan murid-murid di sekolah ini. Beliau seorang yang berhemah, berterus terang, dan mempunyai pengetahuan dalam pengurusan sekolah dan akademik.
Sebagai teraju utama sekolah ini, beliau banyak memainkan peranan demi meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah. Kami berharap, semua usaha ini akan diteruskan oleh guru besar baharu yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan beliau nanti. Usahlah bimbang,Kami di sini, walau bersama siapa pun kami bernaung khidmat, kami akan tetap cekal dan tekal melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan sekolah dan anak-anak didik di sini..
Walaupun pengalaman saya bekerja bersama En Azni masih baru setahun jagung, namun dapat saya rasakan bahawa beliau memang seorang guru besar yang sangat perihatin terhadap guru-guru dan murid sekolah ini. Beliau sering mengutamakan kebajikan guru-guru serta sentiasa terbuka dengan buah fikiran anak buahnya. Tahniah saya ucapkan kerana beliau berjaya menjadi dirinya sendiri selama menerajui SK Selabak.
Majlis persaraan yang diadakan pada pagi ini amat bermakna, bukan sahaja kepada guru-guru bahkan juga kepada murid-murid Sek. Keb. selabak. Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala jasa bakti serta keringat yang dicurahkan oleh tn guru besar. Dalam hal ini, kita amat terhutang budi terhadap perkhidmatan , pengorbanan dan kejayaan yang telah disumbangkan oleh beliau sepanjang berkhidmat di sini. BAgaimanapun, dapat kami selam akan perasaan En Azni yang masih terlalu sayangkan sekolah ini. Jika diberi peluang, tentu sahaja beliau ingin menyambung menggalas tanggung jawab yang dirasakan masih belum selesai. Namun apakan daya, beliau telah sampai ke penamat sebagaimana yang telah termaktub dalam syarat perkihdmatanya.
Encik Azni guru besar yang kami raikan,
Inilah yang dikatakan, Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,
Tn guru besar telah menamatkan perkhidmatannya dengan jaya sekali. Malah daam keadaan kesihatan beliau yang masih gagah dan kuat. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana berjaya sehingga ke noktah terakhir.
Saya mewakili seluruh ibu bapa dan penjaga murid, ingin mengambil kesempatan ini menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dari tuan andai ada antara kami yang tersilap kata, terkhilaf bicara dan tersalah tingkah laku. Maafkan kami jika ada perlakuan dan tutur bicara kami yang menyinggung perasaan tuan. Segala jasa bakti tuan sepanjang berkhidmat di sekolah ini akan kami kenang selagi hayat di kandung badan. Semoga tn guru besar akan lebih tenang dan berbahagia bersama keluarga tercinta selepas bersara ini. Kami juga doakan beliau akan selalu sihat dan lebih sejahtera menjalani kehidupan tanpa memikirkan bebanan kerja. Berehatlah dan nikmatilah hidup ini dengan gembira.Untuk encik Azni, dengarkan pantun dari saya.
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuan umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang
Walau bersara jasa dikenang
Sekian sahaja ucapan dari saya, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum W.B.T
2. UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA PERSARAAN GURU BESAR
Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,
Yang diraikan Guru Besar SK Selabak, Encik Azni bin Daud
YANG BERUSAHA, PN RAMLAH BT TAN , GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM, SK SELABAK,
PUAN NOOR AZWA BT ABDUL,GURU PEOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
EN MOHD NAJIB BIN WAZIR,PENOLONG KANAN KOKURIKULUM sk selabak,
Sidang hadirin yang dihormati,
Saya Ku Arif Ridzuan b Ku mohd Rizal mewakii semua murid sk selabak dengan rendah hati memohon izin untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh _________________________ dirasakan umpama semalam sahaja. Kini, kita sudah berada di hujung hari persaraan, Maka,hari ini merupakan hari terakhir kita untuk bersama Tbn Guru besar sk selabak yang hebat ini.
Begitu hiba rasanya untuk kami berpisah dengan guru yang amat dedikasi dan prihatin untuk mendidik serta mengasuh kami. Namun demikian, apalah daya kita untuk menghalang waktu untuk terus berlalu, lantaran setiap pertemuan pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Justeru itu, walaupun berat hati untuk berpisah, kenyataannya perpisahan itu pasti akan hadir.
Guru-guru yang dikasihi dan dihormati,
Jasa dan bakti tn guru besar terlalu banyak buat kami semua. Tidak akan terbalas dengan wang ringgit dan harta benda untuk segala bakti yang beliau curahkan kepada kami. Pastinya akan kami kenang selama-lamanya selagi jantung dan nadi ini masih berdengup dan berdenyut. Pada kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kepada tn guru besar yang dikasihi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan bakti yang telah tuan abadikan kepada kami.
Maka dengan ini sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada tn guru besar yang telah mentadbir sekolah ini malah membimbing kami selama ini dan maafkanlah segala kesilapan dan kesalahan kami. Kepada rakan-rakan pula, ingat dan ikutlah pesanan dan nasihat yang pernah tn guru besar berikan kepada kita.Semoga kita akan terus membina kecemerlangan dan terus berbakti kepada ibu bapa kita serta masyarakat dan negara. Gunakanlah segala ilmu yang telah guru-guru kita curahkan untuk melayari alam remaja dan seterusnya dewasa dengan penuh ketabahan, keimanan dan ketakwaan.
Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.
Untuk itu, kami mendoakan agar tn guru besar sentiasa sihat sejahtera di alam bersara nanti serta berbahagia bersama keluarga tercinta.
Sekian sahaja ucapan dari saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
3. TEKS UCAPAN TUAN PPD HILIR PERAK
SEMPENA PERSARAAN ENCIK AZNI BIN DAUD
27 MEI 2016
Bismillahhirahmannirahim
Assalamualaikum wbt,
Salam sejahtera, salam 1Malaysia dan Salam Hilir Perak No 1
Yang diraikan Guru Besar SK Selabak, Encik Azni bin Daud
Yang di hormati YDP PIBG SK Selabak, Encik Saifuddin bin Hussein,
Yang Berusaha Pegawai-pegawai dari JPN Perak, pegawai-pegawai dari PPD Hilir Perak,
Guru besar - guru besar,
Barisan guru-guru Penolong Kanan Sk Selabak,
Jawatankuasa Pengelola Majlis Jasamu Di Kenang,
Tetamu-tetamu jemputan dan hadirin sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya, saya dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang bermakna ini. Terima kasih kepada pihak sekolah diatas jemputan ini dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola kerana telah merancang dan menguruskan majlis ini. Tujuan kita berkumpul di SK Selabak pada pagi ini adalah khusus untuk meraikan persaraan wajib bagi Encik Azni bin Daud, guru besar SK Selabak yang sangat kita hormati.
Hadirin sekalian,
Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil Jabatan Pendidikan Negeri Perak merangkap Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak, ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada Encik Azni bin Daud diatas perkhidmatan beliau selama 38 tahun dalam bidang pendidikan.
Tentu banyak memori suka duka yang telah beliau lalui sepanjang tempoh tersebut. Mungkin dalam ucapan beliau nanti kita akan mendengar cerita pengalaman pahit manis sepanjang karier beliau sebagai seorang pendidik.
Secara peribadi, saya igin mengucapkan tahniah kepada insan yang kita raikan pada hari ini kerana pada hemat saya, beliau beroleh kesihatan yang sangat baik walaupun sedang berada dalam kategori usia emas. Syukur alhamdulillah.
Doa dan harapan kita semua agar Allah swt memberkati kehidupan beliau. Semoga beliau berada dalam ruang waktu yang lapang untuk beribadah, diberi kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kegembiraan bersama keluarga tercinta.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada ketuanya. Seperti mana sebuah kapal diterajui nakhodanya, sepanjang 5 tahun Encik Azni menerajui sekolah ini, banyak peningkatan dan kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah. Pada tahun 2012, sekolah ini berjaya menerima anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan. Tahniah dan syabas. Dalam pengetahuan saya, beliau merupakan seorang ketua yang disayangi dan dihormati oleh anak-anak buahnya. Setahu saya juga, SK Selabak banyak berubah wajah sejak kehadiran beliau terutama dari segi prasarana sekolah yang semakin ceria yang mampu meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran warga sekolah
Akhir kata bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Hlir Perak, sekali lagi merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Azni b Daud kerana dedikasi, komitmen dan kerja keras beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai seorang pendidik dan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Kepada barisan pentadbir dan guru-guru SK Selabak, saya berharap amanah yang beliau tinggalkan digalas dengan baik. Teruskan perjuangan mengurus dan mendidik anak bangsa.
Sekian.
Wabillahit taufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh
No comments:
Post a Comment