Tiba-tiba petang itu anak bongsuku menmbunyikan hasratnya kepingin untuk memakan puding karamel sebagaimana yang sering dimakannya ketika bulan puasa. Hmmmm...tergamam sekejap aku dibuatnya, makumlah, sekian lama dapurku berehat lantaran aku sering menggunakan dapur di kedai atau di kantin sahaja kebelakangan ini. Ngeeee.
Aku tak sampai hati pula mendengar permintaannya sambil berkira-kira mencongak dan mengingati sama ada bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi itu lengkap atau tidak di dapurku.
Setelah aku yakin kesemua bahan memang sedia ada di dapur lalu akupun memulakan pencarian resepi di internet untuk mengingati semula resepi dalam kepalaku yang dah tenggelam timbul seketika ini.
Bahan-bahan
3 biji telur
3 keping roti
1 cawan air suam(panas)
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 sudu besar gula putih
2 sudu besar air
esen vanilla
cara-caranya
Panaskan 3 sudu gula dalam loyang hingga perang. Usah terlalu gelap kerana rasanya akan pahit. campurkan dengan 2 sudu air dan kacau hingga gula perang tadi cair. ketepikan loyang.
Blender roti yang dicarik-carik bersama susu pekat, susu cair dan air suam.
pecahkan telur dan kacau bersama esen sebelum dimasukkan ke dalam blender bersama-sama bancuhan roti tadi.
Masukkan adunan dalam blender itu ke dalam loyang yang ada gula perang tadi. Kukuslah sehingga masak. Sekejap sahaja sudah tersedia.
Jika ada yang sukakan kuah gula karamel yang lebih, maka bolehlah dibuatkan seperti cara membuat gula perang cuma ditambah dengan sesudu gula putih supaya lebih enak.
Taraaaaa!... jadilah juadah untuk kami pada petang itu.
No comments:
Post a Comment