Setiba di lokasi, kawasan rekreasi yang masih dalam penambahbaikan itu kelihatan agak kecil dan sempit. Prasarana yang disediakan masih belum begitu memuaskan walaupun boleh dikatakan kemudahan yang cuba disediakan itu hampir lengkap dengan penyediaan bilik air dan tandas, surau serta dewan atau ruang untuk berkumpul dalam satu-satu majlis malah mukin akan diadakan juga gerai jualan suatu hari nanti. Bagaimanapun ada sedikit kelemahan seperti penyelenggaraan bilik air yang kurang bersih serta kedudukannya agak jauh dari kolam rendaman kaki tersebut.
Selain itu, tidak dinafikan persekitaran semula jadinya yang menarik dan tenang cuma kawasan air panas yang menjadi tumpuan utama prngunjung itu amat terhad dan kecil. Ia masih belum mampu menampung kunjungan tetamu dalam jumlah yang ramai. Oh ya.. Untuk masuk tiket dikenakan sebanyak Rm 3.00 dewasa dan rm 1.50 untuk kanak- kanak.
Kawasan parking kenderaan masih dalam penyelenggaraan sewaktu kunjunganku ini. Dengan keadaan tanah yang bassh dan pasir yang lekat di tayar membuatkan ada sedikit rasa cuak.
Keadaan kolam air panas yang dibina semula membentuk kolam kecil .Di kolam-kolam iniah pengunjung boeh merendam kaki atau badan. Namun jika terdapat ramai pengunjung, rasa ketidak selesaan memang tidak dinafikan.
Aktiviti merendam kaki sahaja yang boleh dilakukan dalam keadaan musim hujan kerana sungai bersebelahan kolam air panas ini deras dan kotor airnya.Pendek kata, diharapkan dengan penambahbaikan kawasan ini nanti ianya akan memuaskan hati pengunjung sesuai dengan tiket masuk yang dikenakan terhadap pelancung. Makumlah sebelum ini, untuk masuk ke sini percuma dan bebas sahaja.
No comments:
Post a Comment