Friday, October 31, 2014

Mutiara kata

" Permudahkanlah sesuatu urusan terutama bila melibatkan kesukaran orang lain, insya allah moga urusan kita akan dipermudahkanNya."

Aku bercakap hasil  dari pemerhatian dan pengalamanku. Mereka yang sering ringan  tulang membantu memudahkan urusan orang lain , kehidupan mereka juga lebih sempurna dan terarah. Rezeki sentiasa memihak pada mereka. 

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendekatan begini kerana menganggap ia sama seperti menganggap mudah sesuatu perkara. 

Padaku.. "Memudahkan urusan" dengan 
"Mengambil mudah sesuatu urusan " itu adalah suatu yang berbeza!.

Pokok pangkalnya, segala urusan dunia ini janganlah kita perberatkan dengan menafikan kehadiran ketoleransian serta budi bicara. Semua peraturan dan undang-undang dunia bukankah ciptaan manusia juga. Sekiranya urusan tersebut mempunyai pilihan pelaksanaan yang lebih memudahkan, apa salahnya kita jangan memberatkan kerana mereka yang bertungkus lumus untuk merialisasikan sesuatu perkara itu tentu lebih seronok bekerja dibandingkan jika mereka hanya terpaksa mengikut cara / arahan ketua yang mandatori. 



No comments:

Post a Comment