Wednesday, August 27, 2014

Open house 2014

Aku macam tak pasti je nak kisahkan peristiwa ini dalam blog aku ni... Macam- macam persepsi pulak nanti yang boleh pembaca andaikan dari kisah ini takutnya!.
Bagaimanapun, aku rasa ia sesuatu yang terlalu istimewa buat diriku dan aku yakin ini sesuatu yang memang harus ku kenang. Ambillah yang baiknya dan jauhilah yang buruk seadanya. 
Alkisahnya, terakhir aku buat majlis ala- ala rumah terbuka ni pada 2010 yang lalu setelah usai sambung belajar. Kini empat tahun berlalu dan tahun lepas (2013) sudah terlintas untuk aku buat majlis seperti ini namun aku pendamkan sahaja kerana "malas".. Lalu niat tersebut aku cuba realisasikan pada tahun ini setelah panjang dan dalam aku memikirinya. 
Kelainan pada majlis ini dari yang sebelumnya ialah dari segi penyediaan makanan. Sebelum ini penyediaan makanan dibantu oleh orang luar yakni adik beradikku serta kawan atau aku tempah dan setakat satu dua jenis menu sahaja yang aku sediakan sendiri. Kali ini aku sedikit debar kerana semua menu aku sediakan dan masak sendiri !.. Bagaimanapun, aku ada tempah dua jenis kuih dari orang luar kerana kuih tersebut aku tak tahu nk buat!. Kuih pandan lapis dan bingka kentang ialah kuih yang aku maksudkan.
Majlis akan berlangsung pada hari sabtu pukul 3.00 petang 9.08.2014. Aku sudah fikirkan tetamu yang bakal ku jemput iaitu semua adik beradikku, selain semua rakan sekerjaku di tempat lama dan baru. Selain itu, aku turut menjemput  kawan-kawan kelab exzora juga. Selebihnya suami turut menjemput beberapa rakannya dan anakku juga turut menjemput rakan- rakan sekolahnya. Perkiraanku jumlah jemputan dalam lingkungan 100 orang. 
Bermula dari hari jumaat aku sudah sibuk  membeli barang- barang keperluan untuk memasak menu yang kurancang. Menunya kupilih yang ringkas dan yang aku rasa aku mampu untuk menyediakannya. Antara menu tersebut ialah menu raya mix n match seperti nasi impit dengan rendang, kuah kacang serta kuah lontong.Menu utama pula ialah laksa johore. Selain itu aku turut menyediakan rojak buah dan pulut kuning. Semua menu tersebut aku masak sendiri seorang diri!.. Percayakah?!!.. Bagaimanapun, aku dapat juga sedikit bantuan tenaga dari seorang anakku dan suami bagi menyediakan peralatan serta siang menyiang dan potong memotong bahan. 
Bermula dari petang jumaat hingga ke malamnya aku tak henti bekerja di dapur sehinggakan pukul 3 pagi barulsh aku boleh tidur. Aku menyediakan bahan- bahan dan awas selain mula membuat kuah kacang, memasak nasi impit serta mengukus pulut kuning. Seterusnya aku mula memproses kuah untuk laksa johore.Untungnya, kuah rojak telahku masak semalamnya.
Pagi sabtu, aku dan suami ke pasar membeli daging ayam untuk direndang, selain membeli keperluan yang belum lengkap. Percayakah, jam menunjukkan 10.30 pagi tapi aku masih belum pulang ke rumah untuk menyambung kerja- kerja memasak?.banyak pula urusan suamiku yang hendak diselesaikannya dan aku redha sahaja walaupun dalam hati kecilku amat bimbang tentang masa. Maklumlah nanti aku yang menanggung semuanya!..
Sebaik tiba sahaja di rumah, aku mula mengarahkan anakku agar mula membantu apa yang patut.  Aku mula menyudahkan memasak kuah laksa johore selain mula memasak rendang ayam serta menyediakan bahan- bahan sampingan untuk laksa dan rojak buah. Suami ku arahkan untuk mengambil tugas  menyediakan air sejuk dan panas untuk tetamu. 
Tepat jam 2.30 petang, aku mula menyusun atur dan menghidangkan makanan ke dalam bekas bufet di atas meja yang disediakan di bawah garaj kereta. Lega rasa hatiku kerana berjaya memasak dalam waktu yang tepat. Usai solat zuhur dzn nenukar pakaian, maka bermulalah kehadiran tetamu jemputan silih berganti!.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka ku ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun pada malamnya aku berasa tidak sedap hati kerana mendapat berita bapaku jatuh di tangga surau dan dimasukkan ke hospital lantaran hipo kencing manisnya. Hatiku bergejolak resah kerana khuatir akan nasib bapaku. Syukur rupanya keadaan bapaku terkawal dan beransur pulih. Dapatlah aku memasak dengan hati yang senang.

Majlis di rumahku itu berlangsung sehingga malam dengan kunjungan keluarga  sahabat dari kelab xzora sebagai penutup hari yang melegakan walau aku keletihan!..😃


No comments:

Post a Comment