Cinta tanpa bersaksi
Perlukah aku berhiba
Pada percintaan yang tak sampai ke mana
Bagai angan memetik kejora
Sekadar lontaran di bibir sahaja
Haruskah aku kesali
Pada ikatan perasaan tanpa bertali
Jauh panggang untuk bersaksi
Malah mimpi kita saling melukai
Sembunyi hati nan menangisi
Adakah kita kan terus begini
Seperti pungguk yang lali
Setia menanti purnama sepi
Tanpa jemu mengulangi puisi
Menelaah janji pada diri sendiri
Mengukir memori tersendiri
Mengganti akad yang terkunci
Berbaloikah cinta yang tiada bersaksi?..
Okidputeh Azim
19 Mei2014, 9,36 am
Sg Besar Selangor.
Destinasimu
Hadirmu..
Bak mentari yang berseri
Sinarmu menghangatkan dingin salju
Terangiku yang gelita
Menjadi teman setia siangku
Walauku tahu..
Senjakan bawamu pergi
Untuk kau terangi ufuk
Di benua sana
Hadirmu..
Seketika menumpang lalu
Di laluan siangku
Perjalananmu
menuju destinasi malammu
Sekadar melakar garisan kenangan
Menjadi parut untuk tinggalan hati
Okidputeh Azim
18 mei 2014, 9.41pm
Teluk intan
Merindu
Biarkan aku terus merindumu
Selagi ada denyut nadi ini
Rinduku takkan jemu
Selagi ada getar di hati
Rinduku takkan berlalu
Biarlan aku terus merindu
Kerna aku tahu kau tahu
Biarpun jasadmu beribu batu
Ingatan padamu telah menyatu
Perasaan rindu menjadi tugu
Biarlah aku terus merindu
Mengenangmu dalam sepiku
Bersama kenangan yang setia bertamu
Menjadi ubat penawar kalbu
Kerna ku tahu kau juga sepertiku
Kekal merindu dalam doamu
Okidputeh Azim
11.36 pm 14.mei 2014
Teluk intan.
No comments:
Post a Comment