Resah
Ada resah yg tak terluah
Bagai mutiara yang tidak termuntah
Ada gelisah yang meredam gundah
Umpama rentak yg tak sudah
Bila sepi melayan hiba
Maka pena menadah rasa
Tika hati tiada teman bicaca
Hanya bisikan doa memanjat Azawajalla
Bisu bibir bersalut resah
Teleku hati besadur gelisah
Gundah berbalut gulana
Hampa disapa pawana
Okidputeh Azim
26.2. 2014
10.10 pm
Teluk Intan.
Kerana kuasa
Pedihnya d hati tak siapa yg mengerti
Sakitnya mencucuk ke jemala jiwa
Tika diri bagai kerdil yg dihina
Di herdik tanpa timbang maruah diri
Disindir pedas makanan ruji
Diri bagaikan sampah dibuang
Maruah dijaja malah dijual
Tanpa nilai
Demi kuasa... Nilai kemanusiaan entah dimana
Demi pangkat... Orang bawahan bagai merempat
Tiada budi tiada bicara
Tiada santun hilanglah bahasa
Tiada sopan hanya demi ego!.
Kerana kuasa berkuasa
Yang putih bisa jadi kelabu
Yang lemah menjadi wadah.
Okidputeh Azim
26.2.14
Teluk Intan
Kubiarkan
Kubiarkan benih kasih ini bercantum menjadi satu
Kubiarkan ianya hidup subur di taman hati
Kubajai dengan kasih dan sayang
Kuelusi dengan rindu nan syahdu
Kubiarkan benih cinta ini membesar
Mekarnya mewarnai pelangi jiwa
Harumnya semerbak puisi nan puitis
Ranumnya semarak api membakar sukma
Kubiarkan...
Kubiarkan pepohon sayangku bercambah berbunga dan berbuah
Namun kubiarkan buahnya gugur satu persatu
Kubiarkan tanpa kusentuh
Kubiarkan tanpa kurasa
Kubiarkan tidak kucicip
Kubiarkan..
Kubiarkan tumbuhan cinta ini
Melata merimbun mencanak
Menerjah merebut sinar cahya
Meneruskan sisa hayatnya sendiri
Bergelut sesama sendiri
Mencari sinar berahi
Kubiarkan....
Okidputeh Azim
25.2.2014 8.35pm
Teluk Intan
No comments:
Post a Comment