tercipta: 12 November 2012 . 12.00 malam.
kerna perginya dengan rela sendiri
Haruskah kutangisi pada kekosongan hati
kerna hakikatnyai ia hanyalah separuh jiwa
Perlukah ku kesali pada unggas yang enggan berbunyi
kerna tiada lagi irama yang serasi
Mengapa masih meratapi pada cinta sepi
kerna sengsaranya telahpun kumiliki
Perlukah mengenagi khazanah lama yang tiada bersemi
kerana telah terkunci dalam almari hati
Janganlah ku tangisi pada hilangnya pelangi hati
kerna hadirnya sekadar bermimpi
Mengapa ku kenangi pada kehilangan ini
kerna andainya tuhan mengizinkan
tiada siapa yang mampu menghalangi
janganlah ku ratapi pada keihklasan suci
yang masih sesat tercari-cari dasar hati yang sejati
Mengapa ku tangisi...
pada kehilangan ini
kerana aku tahu kau pun tahu..
kita menjunjung dendam cinta seusia dunia
No comments:
Post a Comment