Tuesday, November 13, 2012

Maafkan aku


tajuk : maafkan aku
cipta : 2005
sejarah: terciptanya kerana suatu hari tiba2 hati telah terbakar semua memori lama yg pernah menjengah.......

Maaflah teman,
semakin hari kian berganti,
kian padam api kerinduan ini
kian pudar rasa kasihku,
kian pupus namamu di dadaku,
mungkin hanyut dibawa arus masa,
mungkin layu tanpa dibaja
mungkin terhakis oleh waktu yg berlalu
maaflah teman,
bukan ku lupa, tapi tak ingat,
bukan benci tapi tak sudi,
bukan jemu mungkin dah lali....
harus sama engkaupun begitu?
biarlah kita simpan semua dalam almari kenangan,
biarkanlah kita kuburkan dan nesankan semua dalam
memori hati.

No comments:

Post a Comment