PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN TMK
Topik | Bunyi Haiwan |
Tahun | 1 Bestari |
Tempoh Masa | 60 minit |
S.K TMK | 6.0 Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran. |
S.P TMK | 6.1 Mengukuhkan persembahan multimedia (MS Powerpoint) sedia ada seperti memasukkan fail audio. |
Aktiviti | LANGKAH 1 Guru memaparkan beberapa contoh persembahan slaid berkaitan bunyi haiwan. - Minta murid menghidupkan computer dengan tatacara yang betul - Murid diminta membuka ikon aplikasi MS PowerPoint. LANGKAH 2 i - Guru menerangkan aktiviti yang perlu dilakukan untuk menghasilkan kesan bunyi yang dikehendaki. - Bunyi haiwan : Kucing, Gajah, Cimpanzi, Harimau ii – Murid diminta membuka fail MS Power Point yang telah dibuat pada sesi pembelajaran yang lepas. Iii – Guru tunjuk cara dan murid aplikasi pada tugasan mereka. - Klik fitur ”Insert” untuk memilih fitur ”Media Clips”. - Kemudian, pergi ke fitur “Sound” dan pilih “Sound from file”. - Dari “Sound from file”, klik fitur “Pilih Bunyi”. - Akhir sekali, klik fitur “OK”. LANGKAH 3 Murid diminta mengaplikasikan langkah-langkah di atas dalam tugasan yang mereka siapkan pada pelajaran lalu. LANGKAH 4 Murid diminta membuat hasil persembahan tugasan mereka kepada kelas. |
Pentaksiran | 1. Pemerhatian guru terhadap hasil persembahan murid. 2. Guru memberi tugasan kerja rumah menggunakan kemahiran yang telah dipelajari - Contoh : Bunyi beberapa buah kenderaan seperti lori, kapal terbang, keretapi, motosikal. |
Contoh ringkasan mengajar Sains Tahun 1
Tajuk: | Hidup atau bukan hidup? |
Ringkasan | Di dalam tajuk ini, murid diperkenalkan dengan benda hidup dan benda bukan hidup.Murid-murid dapat mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup. |
Standard: Kandungan | Sains Hayat 1.1 Memahami ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup. |
Standard Pembelajaran: | 1.1 .1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup. 1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran,TMK, penulisan atau lisan. |
EMK |
|
Tempoh masa: | 60 minit (2 waktu) |
Sumber: | 1. Teks bacaan – benda hidup, benda bukan hidup. 2. Lembaran Kerja 1 - Penilaian 3. Lembaran kerja 2 - Penilaian 4. Lembaran kerja 3 - Pemulihan 6. Lembaran kerja 4 – Pengayaan 7. Komputer |
Aktiviti: | 1. Guru mengarahkan murid menamakan 5-10 benda di sekeliling berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan sedia ada. Aktiviti kajian lapangan (persekitaran sekolah) |
| 1.1 Menama dan menyenaraikan 5 benda-benda yang terdapat di kawasan kajian. 1.2 Murid memilih dan melakar satu benda berdasarkan pemerhatian mereka. |
| 2. Kembali ke bilik darjah 2.1 Guru menampal 2 contoh gambar bagi benda hidup dan 2 contoh gambar benda bukan hidup di dalam ruangan yang disediakan pada papan tulis. (Guru belum memperkenalkan / menyebut benda hidup dan benda bukan hidup) 2.2 Murid menampal hasil lakaran ke dalam ruangan yang disediakan itu. Guru membimbing murid sambil berinteraksi dengan beberapa soalan berkaitan seperti: i. Apa tujuan kita mengumpulkan gambar – gambar ini? ii. Apakah persamaan dalam gambar ini? iii. Apakah perbezaan pada gambar ini? 2.3 Murid menerangkan kepada kelas tentang lakaran yang ditampalkan di dalam ruangan tersebut. |
| 2.4 Pengukuhan & pengelasan semula akan dibuat selepas perbincangan. (Guru membimbing murid mengenal pasti kriteria yang digunakan untuk pengelasan) |
| 3. Guru memperkenalkan istilah benda hidup dan benda bukan hidup dengan menggunakan Teks bacaan. |
| 4. Pengelasan benda hidup dan benda bukan hidup 4.1 Guru meminta murid menyediakan jadual menggunakan ms word. 4.2 Guru meminta murid menamakan dan mengelaskan benda hidup dan bukan hidup mengikut ruangan pengelasan yagn betul di lembaran kerja 2 |
Penilaian: | Menyiapkan Lembaran Kerja 1 . |
Aktiviti Pemulihan: | Guru membimbing murid untuk menguasai unit pembelajaran dengan menggunakan teknik yang bersesuaian. Murid menyiapkan lembaran kerja 3 |
Aktiviti Pengayaan: | Murid menyiapkan lembaran kerja 4 |
|
No comments:
Post a Comment