Tuesday, September 4, 2012

KENDERAANKU...

Sengaja aku ingin abadikan kenangan bersama-sama kenderaan yang pernah aku dan kelaurga ku miliki selama ini. Aku mendirikan rumahtangga dengan tanpa mempunyai sebarang kenderaan pun sama -ada dari diriku sendiri mahupun dari suamiku. Pendek kata kami menapak sahaja, bagaimanapun aku tidak pernah kisah walau ku lihat beberapa orang lain telah mempunyai kenderaan sekurang-kurangnya motosikal sebelum berumahtangga.
Lebih kurang 2 tahun berkahwin, suami masih belum menampakkan tanda2 untuk membeli motor dan aku pun tak pernah menyuruhnya beli sehinggalah tiba waktu aku posting ke sebuah daerah yang amat memerlukan kenderaan untuk ke tempat kerja dari rumah sewa. Sehinggakan aku mencadangkan kepada suami agar membeli basikal sahaja untuk ku guna ke tempat kerja kerana aku sebenarnya tidak mahu menyusahkan suami kerana beranggapan membeli motor memerlukan kos yang lebih besar!. Akhirnya dapatlah aku sebuah basikal comel dan berbakul dihadapannya. (malangnya gambar basikal tu tk ada).
Bagaimanapun, dalam keadaan aku yang hamil dan kedudukan tempat kerja yang sangat jauh menyebabkan aku tidak relevan pergi ke tempat kerja menggunakan basikal. Alternatifnya memang macam-macam... Adakala aku menumpang kawan yang kebetulan melalui jalan yang sama dengan ku untuk ke tempat kerja dan adakalanya aku meminta bapaku yang masih kuat lagi tika itu untuk menghantarku .Begitulah rutinku dan ianya bertahan selama setahun lebih.
Masih ku ingat, akhirnya suami tergerak untuk membeli motor bagi kegunaanku setelah anak pertama yang kulahirkan berusia 6 bulan.Itulah motor pertama keluarga kami yang bernombor plat BEJ 186.Dengan motor itulah aku gunakan untuk urusan seharian .Motor itu kini telah diserahkan kepada anak bujangku yang tinggal dan bersekolah di kampung untuk kegunaanya pergi ke sekolah.
 Hasrat untuk memiliki kereta mula datang tika aku telah lulus dan mendapat lesen memandu di usiaku 25 tahun.Tika itu harga kenderaan amat mahal dan aku tidak mampu untuk memiliki kereta yang baru memandangkan gajiku kecil. Namun kereta pertamaku menjadi kenyataan setelah anakku yang sulung berumur 2 tahun setengah. Tika itu juga aku mula mengandungkan anak ke 2 dan rupanya pembelian kereta itu mempunyai rahmat yang besar. Aku membeli kereta terpakai Toyota KE30,berwarna merah.
Sesungguhnya Tuhan maha mengetahui...tidak lama selepas memiliki kenderaan itu, suamiku kemalangan di Pahang dan kereta itulah yang berjasa membawaku dan keluarga di Selangor untuk berulang alik melawat suamiku di hospital Afzan Kuantan.Alhamdulillah, kereta itu kurang meragamnya dan hanya mengalami beberapa kerosakan kecil yang tidak memerlukan kos yang besar jika rosak. Maklumlah kereta lama. platnya ialah  BDA3507.Kereta ini kami sekeluarga menggunakannya selama tiga tahun lebih.

Kenderaanku yang kedua juga masih lagi kereta "secondhand" iaitu Wira putih berplat no ADA5074 yang kami beli setelah ditolak kereta Toyota itu. Itupun setelah kami berasakan perlu memandangkan untuk pulang ke kampung masing-masing jaraknya amatlah jauh dan memerlukan kenderaan yang selesa untuk 3 orang anak kami.
Kereta Wira putih itu kami gunakan sehingga 5 tahun.Alhamdulillah, kereta ini juga tidak pernah meragam  cuma adakalanya setakat kerosakan kecil seperti cermin depan dan lampu pecah akibat kemalangan kecil sahaja.
Inilah sahaja sebahagian dari gambar kereta Wiraku yang dapat dirakamkan. 

Selepas kereta Wira, aku teringin untuk memiliki kenderaan yang berbalut plastik...ingin merasa kereta baru. Pening juga mulanya memikirkan apakah jenis kenderaan yang benar-benar sesuai dan mampu untuk ku miliki. Akhirnya zaman "multipurpuse vehicle" telah bermula dengan rekaan kenderaan yang sesuai untuk keluarga besar. Setelah berbincang dengan suami akhirnya kami memilih untuk membeli kereta Toyota Avanza manual dan  kereta ini sungguh berbaloi dan selesa, serta sesuailah dengan saiz keluargaku yang anak2 masih kecil tika itu. Kereta itu bernombor plat AFM9175. Kereta itu aku gunakan selama 6 tahun berjasa kepada keluargaku sehinggalah anak2ku bertambah kepada 4 orang dan saiz juga bertambah besar. Apa yang melucukan tentang kereta ini apabila selama 5tahun, tidak seorang pun antara aku mahupun suamiki yang perasan bahawa, kerusi  penumpang di baris kedua boleh di suai laraskan!Ini menyebabkan selama ini anak-anakku jika tertidur dalam kereta, mereka tidur secara tegak dan kurang selesa!.

Dalam pada masa yang sama, musibat menimpa keluarga ku sehingga abangku yang sulong kembali menghadap ilahi dan tika itu keluarga arwah tidak mampu untuk menguruskan kewangan termasuk membayar duit kereta yang arwah beli. Kebetulan, untuk pendahuluan kereta tersebut, arwah ada meminjam dari adik beradik. Untuk menyelesaikan maslah, akhirnya aku sanggup mengambil kereta tersebut dan menyambung bayarnya ke bank seterusnya memulangkan semula pinjaman wang arwah kepada beradikku. Dengan itu secara tidaklangsungnya hadirlah sebuah kenderaan lama Proton Saga Megavalve menjadi kereta ke dua dalam keluarga kami dan ada sehingga kini. Kereta itu berplat no BDM 3412.Kereta itu sekarang telah kuserahkan kepada anak sulungku untuk dibelasah sementara membiasakan dirinya setelah baru mendapat lesen kereta. Nk bagi bawa yang baru takut pulaa...maklum..takut tak biasa.

Dalam pada itu, suamiku turut mendapat kenderaan motornya yang ke dua bilamana adiknya sudah tidak mahu menggunakan motor tersebut lalu memberikan kepada abangnya. Motor berplat no NBA7813, telah menjadi sebahagian dari keluarga kami dan kini digunakan oleh anak ku untuk pergi ke sekolah.
Bagaimanapun,ruapanya dalam diam suamiku turut menyimpan angan ingin memiliki kenderaan atas namanya sendiri, ini kerana semua kenderaan sebelum intu adalah di atas namaku sahaja. Kenderaan yang di "aim" oleh suamiku ialah Honda..dan ..sudah dijodohkan tuhan akhirnya dapatlah beliau memiliki kereta pertamanya Honda WEV6522 "secondhand "dan banyak pula makan minyak selain banyak ragamnya. Boleh dikatakn setelah menggunakan kereta itu, tiap bulan duit poketnya mesti keluar beratus ringgit untuk menangani masalah ngada-ngada kereta Honda tu...hihihihi...sorry bang.... Apa nak buat...kami hadapi sahaja kereta lama itu yang pelbagai kerenah dalam paksarela.

Seperti yang kusebutkan di atas tadi, anak-anakku seramai 4 orang telah meningkat saiz dan semakin remaja. Ini menyebabkan mereka sering merungut apabila berhimpit 4 orang di kerusi belakang Avanza. memandangkan Avanza mempunyai boot yg kecil, maka kami terpaksa melipat kerusi belakang untuk meletakkan barang yang memang sentiasa banyak apabila kami pulang ke kampung. Rungutan itu merimaskan aku yang adalakalanya menyebabkan suasana dalam kereta menjadi Panasss...Akhirnya setelah 6 tahun jodoh dengan Avanza, tergerak hatiku untuk menukar kepada kenderaan yang lebih besar,luas dan "fleksible" untuk keluargaku. Yang penting, aku masih mampu untuk menyaranya.Akhirnya setelah difikirkan baik dan buruk, maka aku terpaksa memilih pilihan kedua setelah pilihan pertamaku Innova memerlukan kos yang lebih sehingga membuatkan aku memilih Exora hitam sebagai gantinya. Exora ini mulanya kugelar kereta bersopan santun sebab "pickup"nya yang lambat mungkin disebabkan ianya auto. Kali ini memang aku nk beli yang auto memandangkan kami sudah masuk keusia 4siries... Bagaimanapun, setelah aku memasukkan fuelbooster/saver, akhirnya aku turut berpuashati dengan pretasi Exoraku kini yang tidak lagi lembab.Kira oklahhh...Exora ini istimewa sedikit kerana no platnya adalah sangat peribadi. AHS 6156.
Nampaknya, inilah kenderaan keluarga kami yang akan kami gunakan untuk bertahun-tahun yang akan datang.

Rupanya, demam membeli kenderaan ini belum habis...Suamiku ingin merialisasikan impiannya memiliki moto kuasa besar dengan alasan, pertukarannya ke Putrajaya mendedahkannya kepada kesesakan lalulintas. Untuk memudahkannya, aku tidak membantah. Namun rupanya, naik motor tidak sama dengan naik kereta kerana suamiku sudah terbiasa membawa "almari bergerak"nya kesana-sini,bila bawa moto seolah-olah dia hilang punca. Lagipun, perjalanan jauh menunggang moto adakalanya memenatkan badan..lagipun di usia 4 sirie ni mana badan tu tahan sangat!.Akhirnya, impiannya terlaksana juga dan motosikal bernombor plat BLU6395 sangat istimewa untuknya kerana ianya turut peribadi.
Hmmm..alhamdulillah, semua kenderaan yang pernah kami miliki merupakan rezeki tuhan kepada kami untuk memudahkan kami berurusan seharian. Benarlah kata-kata bahawa, rezeki itu ialah sesuatu yang kita miliki dan rasai atau gunakan,seperti, makan, rumah,kenderaan,pakai, sedekah dan apa yang kita belanjakan ke jalan ilahi, namun walaupun kita memiliki wang jutaan ringgit di bank atau tempat lain itu masih belum boleh dikatakan rezeki kita kerana kita belum tahu samaada kita berpeluang untuk merasainya ataupun mungkin orang lain yang akan memilikinya pula nanti. 


No comments:

Post a Comment