Friday, September 21, 2012
CENDOL BAKAR IJOK
Sewaktu aku pulang dari Kajang melalui Lebuhraya Latar ke Kuala Selangor,jam masih menunjukkan pukul 5 petang. cuaca hari itu mendung dan redup, bagaimanapun, perasaan untuk mencuba rasa Cendol Bakar begitu membuak-buak,apatahlagi, kesempatan melalui jalan ini pada waktu sebegini jarang sekali aku temui. Selalunya, apabila aku tiba di sini, hari sudah gelap dan gerai pula sudah tutup.Jadi perasaan teringin hendak merasa Cendol Bakar itu,aku pendamkan sahaja.
Tiba di gerai Cendol Bakar yang terletak di jalan Ijok -Kuala Selangor selepas susur keluar turun dari Latar, ku lihat sudah berderet-deret kenderaan yg memenuhi ruang tempat letak kereta di gerai tersebut.Aku bertawakkal dalam kesesakan itu untuk mencuba nasib mencari ruang yang mungkin berbaki untuk aku memberhentikan keretaku, namun dalam keadaan yang sesak sebegitu, entah bagaimana aku termasuk dalam barisan kereta yg kulihat bergerak menuju laluan keluar dari gerai...Dalam hatiku berkata...alamak..terpaksa keluarlah pulak..tak merasalah nak makan cendol ni. Rupa-rupanya, aku termasuk ke dalam barisan kereta yang menunggu giliran untuk membeli Cendol Bakar ni melalui laluan pandu lalu!. Wah!.segera perasaan ku kembali girang. Tak dapat makan kat gerai pon tak pe lah..janji dapat rasa. Hebat gerai ini dan kreatif untuk mewujudkan cara pembelian melalui pandu lalu. Sekurang-kurangnya, dalam kesesakan ini, tidaklah pelanggan kecewa menunggu giliran parkiir yang terhad.
Mmmm..Rasa amat puas bila dapat merasa Cendol VVIP yang aku pesan dalam masa yang singkat sudah Vapat. Sebenarnya banyak menu cendol yg ditawarkan seperti Vip, VVIP durian dan lain2. Cendol VVIP aku ni berharga Rm2.50 yg dalamnya ada kacang merah, dan pulut selain cendol. Bagi aku, rasanya memamg mantap dan memuaskan kerana cukup rasa dan lemak manisnya, cuma dari segi saiz cawan dengan harganya padaku ianya sedikit mahal.
Cawannya bersaiz kecil bukan yg sederhana seperti yg biasa kita beli di pasar malam. setakat 3-4 kali sedut, sudah habis!. Kalau nak puas hati dan lebih untung...minumlah digerai tersebut kerana isian kali ke dua adalah percuma!.
Suasana gerai yang dipenuhi pelanggan yang ingin menikmati Cendol Bakar sambil bersantai.Terdapat jua hidangan selain cendol yang boleh dirasai untuk minum petang seperti Keropok Udang Geragau.
Antara menu yang boleh di pilih.
Bersebelahan gerai cendol bakar ni, terdapat gerai yang menjual keropok leko dan laksa sebagai pilihan untuk pelanggan yang inginkan hidangan petang yang ringkas.
Keadaan kenderaan yang berderet menunggu giliran di laluan pandu lalu.
Oh ya!..sebelum terlupa..pada sesiapa yang menyangka dengan pelik, bagaimana Cendol Bakar itu dihasilkan..janganlah terkeliru..ianya tiada kaitan dengan cara membuat cendol tersebut. Nama cendol bakar itu adalah sempena nama tuan punya gerai itu sendiri yang bernama Abu Bakar!..hihihihi.
Labels:
cuti-cuti travel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nampak enak sekali.. kena cuba satu hari nanti!
ReplyDeletejk tuan melalui jln kuala selangor - tg karang pun, dh ada cawangan cendol bakar ini.
ReplyDeleteMajoriti penduduk kat c 2 jawa........memeng bapok best cendol nie....
ReplyDelete