Ini kisah lucu yg benar-benar berlaku....
Seorang ayah yang bersemangat mendidik anak lelakinya yg berusia 6 tahun untuk menjadi anak yang soleh, Si ayah telah menerapkan perkara tentang sesuatu yang benar dan salah kepada anaknya di awal usia lagi.. Anak itu di ajar agar membetulkan semula sebarang kesalahan atau kesilapan yang dilakukan. Anak itu juga telah diajar untuk bermasyarakat.
Suatu hari, Si bapa seperti biasa membawa anaknya ke surau untuk bersama-sama bersembahyang berjemaah. Oleh kerana kebetulan pada hari itu tiada ramai org yg berjemaah, maka anak dan bapa ini dapatlah berbaris betul-betul di belakang imam.
Sewaktu bangun dari sujud pada rakaat pertama, tiba-tiba Si anak terlihat kain pelekat Pak Imam telah terselit di celah-celah ponggongnya, dan si anak ini dengan ikhlas berniat untuk membetulkannya lalu diapun menarik kain dari celah ponggong Pak Imam tadi. Si ayah sempat menjeling kepada Si anak , apabila Si anak melihat jelingan Si ayah, maka tahulah dia bahawa apa yang dilakukannya tadi tidak disukai oleh ayahnya, lalu si anak yang telah diajar untuk membetulkan kesalahan ini pun, faham bahwa apa yang dia lakukan tadi adalah salah. Oleh itu, si anak ini pun ingin membetulkan semula kesalahan yg dilakukannya tadi lantas dia pun menyelitkan semula kain Pak Imam tadi ke celah-celah ponggong Pak Imam itu semula!..
Apa yg berlaku?..apa lagi, maka Pak Imam itu pun terkejut dan melompatlah apabila terasa ada sesuatu yg menjolok di celah-celah ponggongnya!...
Maka batallah semua sembahyang berjemaah pada hari tersebut....Kesan dari insiden itu, budak itu telah di denda oleh ayahnya dengan kuarantinkan tidak boleh mengikutnya ke surau selama seminggu!.
No comments:
Post a Comment