Tahniah aku ucapkan untuk suami tercinta...di atas tercapainya impian setelah memendamnya selama 27 tahun. Kini impiannya untuk memiliki moto berkuasa besar telah terlaksana. Kami sekeluarga tumpang gembira dengan apa yg berlaku. semuga abang akan terus bersemangat untuk menjalani hari-hari di masa akan datang dengan niat yang jujur dan ikhlas.
Jangan pula selepas ini abang lupakan keluarga,anak dan isteri setelah langkah menjadi panjang.Usahlah pula abang berbangga dengan apa yang ada, sebaliknya kita perlu bersyukur dengan rezeki dari Nya. Teringat semula bilamana anak bujang abang mendengar ayahnya hendak membeli moto besar, dia amat teruja dan ingin mengikut sekali semasa ayahnya membeli dan mengambil moto tersebut.Sempat pula anak bujang abang tu 'mengetest' moto ayahnya sambil diperhatikan dengan geram oleh sepupunya!.Untungnya anak bujang abang tu lebih tinggi dari ayahnya dan kakinya panjang serta tiada masalah untuk membawa moto tersebut. Pasti anak bujang abang teringat2 sehingga kini semasa membawanya kan!.Apa nak buat, anak abang tu masih belum layak untuk mendapat lesen.
mmmm..syukurlah abang dah belikan sekali set helmet dan jaket untuk aku ni...isterinya!.terima kasih abang! Dan aku pun dah sediakan boot untuk naik moto tu nanti. muaahhahaa!. Lepas ni bolehla kita meronda jauh siket ya...agak2 manalah destinasi kita nanti ya!.hihihihi...
No comments:
Post a Comment