Dalam hadis dan ayat-ayat Al-quran ada banyak menyatakan bahawa setiap sesuatu yang tercipta di alam semesta ini mempunyai manfaat dan pengajaran kepada manusia jika mereka mahu dan mampu bertfikir. Allah tidak akan menciptakan atau mentakdirkan sesuatu itu dengan sia-sia.Aku tidaklah dapat menulis di sini ayat dan hadis mana yang memaksudkan itu semua kerana tahap penulisan dan idea aku belum mencapai tahap nak buat tesis siap dengan bukti dan rujukan, kerana...penulisan aku ni lebih kepada santai serta secara umum berdasarkan kepada pengetahauan sedia ada aku yang cetek jer.
Namun,aku akan beri beberapa contoh dan cerita yg menjurus kepada maksud yang aku ingin sampaikan...
berbalik kepada mukadimah aku tadi, aku ada beberapa cerita yang boleh kita renungkan dan fikirkan sama-sama, adakah perkara yang aku ingin ketengahkan ini mampu mengajak kita untuk berfikir ataupun adakah segalanya masih tidak mampu tercapai dek akal? aku bukan apa...dalam kita menghadapi pelbagai ragam hidup manusia, adalah lebih baik jika setiap sesuatu yg kita lihat itu mampu membuatkan kita berfikir untuk lebih matang atau sebagai pertimbangan sendiri....namun...semua itu hanya mampu dilakukan atau disadari hanya oleh mereka yg berakal atau pemikir!..jangan mareee....bukan aku nk kata yg kebanyakan manusia masakini malas berfikir dan sering buat bodoh dengan apa yg berlaku depan mata mereka..tapi itulah realitinya!.
ok..cerita hari ini ialah mengenai manusia yang boleh atau sekadar tahu tentang sesustu tetapi sebenarnya mereka jauh dari berilmu.Manusia yg sebaik-baik ialah mereka yang melakukan sesuatu dengan berilmu selain hanya tahu. seperti yg kita maklum, peringkat manusia ini ada banyak iaitu antaranya ialah orang yg tahu bahawa dirinya tidak tahu tetapi mahu ambil tahu,ada yang tahu dirinya tak tahu tapi buat-buat tahu, ada yg tahu tapi tak mahu ambil tahu, malah ada yang tidak mahu ambil tahu walaupun memang dia tak tahu!..
Pagi ini aku terserempak dengan pemandu yg sekadar hanya tahu memandu tetapi tidak berilmu. Semua pemandu yang berlesen sepatutnya maklum bahawa untuk memasuki susur keluar dari jalan yg bersimpang,mereka hendaklah memberi laluan terlebih dahulu kepada kenderaan dari arah kanan mereka yg bergerak masuk selepas lampu isyarat hijau...tetapi hari ini aku terjumpa pemandu yg tidak peka pada perkara itu,seterusnya aku turut dapati pemandu ini tadi berhenti secara tiba2 tanpa beri isyarat hingga mambuatkan kenderaan di belakangnya terpaksa berhenti mengejut dan mengelak dari melanggar belakang kereta pemandu tadi.Aku yg menyaksikan kerenah pemandu tadi lantas membuat kesimpulan bahawa....inilah manusia yg hanya tahu bawa kereta tetapi tidak berilmu!..
Seterusnya,sewaktu berada di sebuah gerai makan, aku terlihat seorang lelaki membawa kiub ais untuk diedar kepada peniaga di situ dengan menaiki motosikal skuter. ais tersebut diletakkannya pada bahagian bawah tempat meletak kaki.lantas aku terfikir..mengapa dia memilih skuter? sedangkan,sedikit orang kita yg rela membeli motosikal jenis sebegitu kerana kebanyakan mereka membeli adalah bukan sekadar untuk keperluan tetapi turut dipengaruhi oleh keinginan untuk bergaya dan melaram. tetapi tidak untuk lelaki pengedar ais tadi kerana bagi aku, lelaki ini seorang yg berilmu!.Mengapa? kerana dia tahu jika dia beli jenis motosikal lain, sudah tentu sukar untuknya meletakkan bungkusan ais tadi di atas belakang motornya, malah bajunya akan turut basah dek ais tersebut. kerelevanan lelaki ini memilih skuter adalah kerana ianya lebih menyenangkan tugasnya bergerak dalam bandar kecil tadi,selain dapat meletakkan 3-4 bungkusan ais pada bahagian bawah kaki pemandu. orang ini tidak mementingkan gaya tetapi lebih kepada menggunakan semaksima mungkin pkenderaan yg dibelinya.org kata,biar harta kerja untuk kita, jangan kita kerja untuk harta!
Satu lagi cerita yg boleh ku kongsi bersama ialah bilamana suatu hari di tempat kerja suasana agak kecoh dengan kehadiran pegawai yg ingin memantau tugas pentadbiran. Gayanya, pegawai ini sedikit beremosi dan kurang berpuas hati pada hasil kerja salah seorang pentadbir.Entah bagaimana tiba-tiba pentadbir ini muncul lalu terus luahkan rasa kekesalannya kepada seorang kakitangan bawahan yg berada berhampiran,mengenai sikap pegawai tadi yg dikatakannya terlalu marah sehingga tidak boleh menerima apa jua penerangan dan alasan yang diberikan oleh pentadbiran. apa kaitannya kes ini dengan golongan yang berfikir?Sebenarnya situasi yg sama telah berlaku terhadap orang bawahan tadi dengan pentadbir itu suatu waktu dahulu....kini,bila kejadian yg hampir sama telah dilalui oleh pentadbir ini,dan tuhan terbalikkan situasi sehingga pentadbir tadi terpaksa mengadu kepada orang bawahan yang dahulunya pentadbir ini tidak mahu menerima apa jua penjelasan dari org bawahan tadi....
kesimpulannya...setiap yg berlaku adalah pengajaran dan pedoman kepada yg mampu berfikir...dan untuk mereka yg mampu tercapai akalnya bagi mengerti sesuatu yg tersurat untuk yg tersirat......
No comments:
Post a Comment