Ya..jika direnungkan semula betapa indah dan manisnya dilahirkan dan menjalani hidup sebagai seorang wanita. Namun,betapa lama dan sukar juga pada mulanya untuk memahami dan mengerti senua ini sebelum hati kita boleh redha dan mensyukuri anugrah ini.Terus terang, bukan mudah juga bagi seorang wanita untuk menerima hakikat kenikmatan dilahirkan sebagai perempuan atau wanita ini, kerana pelbagai perkara yang menduga dan menguji kekuatan luaran dan dalaman seorang wanita itu untuk mengharungi cabaran sebagai seorang wanita, Mentelahan pula jika wanita itu sebagai isteri, ibu, anak, pekerja dan sebagainya yang berkait dengan kitaran hidup masyarakat.Semuanya ujian dan dugaan itu adakalanya menggoyah kekuatan wanita itu sendiri tambahan pula sudah resam wanita itu di lihat lemah berbanding lelaki.
Namun,percayalah kepada janji Ilahi...dalam hadis nabi ada mengatakan yang maksudnya sebegini...khas untuk wanita2...jika seorang wanita tersebut taat kepada suami dan agamanya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari mana2 pintu yang mereka suka!. Mudah bukan?.Namun sebenarnya ianya tidaklah semudah yang dijangka kerana jalan menuju ke syurga ilahi tidak akan sunyi dari onak dan duri yang akan menduga hati wanita ditambah pula dugaan dan godaan dari syaitan yang tidak pernah padam.Sedangkan di dunia ini jika kita mahu masuk ke tandas pun kita perlu bayar dan tanpa bayaran itu kita tidak dibenarkan memasuki tandas. Walhal tandas itu adalah rumah syaitan!Untuk masuk ke rumah syaitan pun kita perlu bayaran apatah lagi untuk memasuki syurga Ilahi?Wajarkah bayarannya sekadar dengan duit syiling?..sudah tentu harga bagi memasuki syurga itu lebih mahal dan tinggi nilainya!.
Hakikatnya kemanisan dan kenikmatan sebagai seorang wanita dapat dirasai hanya oleh wanita yang dikategorikan sebagai wanita yang solehah! Mengapa ? kerana wanita2 solehah ini boleh membezakan antara kelemahan dan kekuatan, antara yang benar dengan yang batil.Wanita tersebut dikurniakan rasa malu yang hanya malunya kerana Allah, wanita2 ini mempunyai rasa takut, namun takut mereka hanya untuk Allah! mereka akan malu jika sikap mereka tidak seperti yang Allah mahukan, mereka malu untuk melakukan sesuatu yang menyalahi hukum Allah, mereka malu dengan kekurangan diri dan kelemahan diri mereka terhadap Allah.Wanita yang takukan Allah akan takut jika mereka tidak melakukan perintah Allah. mereka takut kepada hukum2 Allah.
Dan maaflah jika saya mengatakan, wanita yang belum solehah ini gagal untuk mengarahkan rasa malu dan takut mereka di tempat2 yang sebenar. Mereka takut melakukan sesuatu demi dunia ini, demi harta dan demi kepuasan diri.Mereka takut kepada kehilangan serta kekurangan yang menimpa. Takut kerana menjaga nama baik dan maruah sendiri sahaja. Senang kata, masih meletakkan perkara2 duniawi ini menjadi yang pertama.
Jangan salah faham apabila membaca tulisan ini dengan menganggap penulis sebagai seorang yang alim atau pandai sangat dlm hukum hakam, namun penulis mengganggp tulisan ini sekadar peringatan untuk diri sendiri yg boleh di kongsikan bersama.B iar kita sama2 menjadi lebih baik dari hari ini dan semalam.
Wanita yang solehah ini menyedari bahawa mereka bertugas di samping Allah sebagai pengeluar produk manusia dan yang mencorakkannya.Sanggup menghadapi risiko dan berkorban untuk melahirkan zuriat yg mana tugas ini tiada kepada kaum lelaki.Wanita sebenarnya kuat dalaman dan luaran sehingga boleh menggoncang dunia. Namun kita sebagai wanita itu sendiri perlu tahu untuk mencari, menggali dan mengenalpasti yang mana satu jalan dan cara untuk mendapatkan atau mencapai tahap sebegitu.
bersambung......insyaallah.
No comments:
Post a Comment