Cetusan ini tercipta kala dinihari,tatkala mata jemu untuk lelap..Melayan rasa yg menghiba jauh ke ke dasar emosi...memantau nasib diri yg terpaksa melalui pelbagai detik serik yg menikam kaki untuk terus melangkah demi kelangsungan tanggung jawab diri. Hiba bila di usia sebegini masih melalui saat-saat umpama remaja bodoh dan diperbodohkan oleh situasi....
ku gagahkn diri merenung dalam hati
berperang dengan rasa bertingkah dengan jiwa
kerana luka itu masih ada
ku selami hati sedalam rasa
ku renungi jati diri yg tersisa
kerana luka itu tetap masih ada
ku insafi kekurangan diri tatkala kekesalan menjelma
adakalanya kecewa marah menikam sukma
kerana ku tahu luka itu terus ada
hanya mampu mengadu pada yg esa
meluah rasa suka dan duka
kerana mohon pengertian yg setara
kerana luka yg masih tersisa
No comments:
Post a Comment