Kisah 1
dalam kelas bersama guru bahasa inggeris.
teacher: today we will learn to pronounce some words.Ok Mahmud,how to pronounce this word. (cucumber)
Mahmud: cucu mber teacher.(bunyi seperti perkataan cucu).
teacher: Not cucu mber but Q kumber!Ok who else want to pronounce this spelling word c e r t i f i c a t e.
Isman : Setem peket teacher!..
teacher: oh my god!
kisah 2
Guru ingin membawa murid tahun 1 meninjau kawasan sekolah untuk mengenali bilik2 khas dan tandas serta persekitaran sekolah yang lain.
Guru: Baiklah, hari ini cikgu akan membawa kamu semua melihat persekitaran sekolah. Mula2 kita akan pergi ke pusat sumber.
Syafik: Cikgu, saya tak boleh ikut.
Guru: Mengapa pula syafik?
Syafik: Nanti balik malam!...
Guru:..heheheh...tersenyum je ler..
kisah 3.
Sewaktu amali solat jqaf, semua murid akan menukar pakaian kepada pakaian yang sesuai untuk bersembahyang dan mereka akan tinggal di sekolah sehingga pukul 4.30 petang untuk mempelajari asas2 solat.
Tiba2 seorang murid menangis.
Guru; Mengapa kamu menangis ?
Murid: tidak menjawab dan terus menangis dengan sedih.
Guru: Eh, kamu murid yang baru pindah ke sini kan?
Murid: mengangguk kepala sambil menangis.
Guru;Sudahlah jangan menangis, Ceritakan pada cikgu, mengapa kamu menangis ya.
Murid: Semua orang suka...sambil teresak2
Guru: ???suka?..baguslah semua orang suka, mengapa nak menangis pulak?
Murid: Lagi bertambah syahdu...semua orang suka kan saya....bertambah kuat dia menangis.
Guru:Suka kan kamu? suka mengapa?..(masih belum faham)
Murid: Deme suko ke baju saya paka...
Guru: oooo... baru perasan yang murid itu baru berpindah dari terengganu..sebenarnya murid tu sedih kerana diketawakan oleh kawan2nya kerana dia memakai jubah arab, sedangkan murid lain memakai baju melayu.
No comments:
Post a Comment