Himpunan kisah lucu ini aku abadikan untuk kenangan.semuanya ku kutip dari pengalaman dan kisah sebenar kami sebagai guru dalam menghadapi kerenah anak murid yang pelbgai ragam.kisah yang ku kutip dari beberapa orang guru ini wajarlah dijadikan renungan dan pedoman semua yang mampu berfikir.
sketsa 1
dalam kelas tahun 1,sewaktu sesi berkenalan...
cikgu: hari ini kita akan berkenalan sesama kita,dan cikgu mahu kamu jawab soalan yang cikgu tanya ya.
murid2: baik cikgu.
cikgu: (sambil menunjuk kpd seorang murid di hadapan) siapa nama kamu?
murid: nama saya Nashrin.
cikgu: bagus Nashrin,kamu tinggal d mana?
murid: Teluk Intan cikgu.
cikgu: ya,Teluk Intan ni luas,cuba sebutkan nama tempat tinggal kamu seperti nama kampung atau nama taman.
murid: taman kanak2 cikgu!
sketsa 2
Dalam sesi pengajaran mata pelajaran Agama Islam.
ustazah: hari ini ingat semula tajuk yang kita telah belajar semalam iaitu bab bersuci. dalam Islam ada 3 jenis najis yang mesti kita sucikan terlebih dahulu sebelum beribadat.Ada najis yang berat, ada najis yang sederhana dan ada najis yang ringan.Siapa boleh beri contoh untuk najis yang berat?
Murid: Saya, ustazah.
Ustazah: bagus,apa jawapan kamu?
Murid: Tahi gajah, ustazah!
sketsa 3
Guru berbual dengan murid mengenai pekerjaan ibu bapa atau penjaga.
Cikgu: Apa pekerjaan ayah kamu Ali?
Ali: Bapa saya seorang guru.
Cikgu: Bagus, aa..Isa pulak, kamu tinggal dengan atok kan, apa kerja atok kamu?
Isa; Atok saya ada stesen minyak cap kerang cikgu.
Cikgu: ....oooo...cap kerang...
No comments:
Post a Comment