Hari ini nk berkongsi cerita mengenai tajuk yg aku tulis di atas...doa orang yg teraniaya itu makbul...
ya, sesungguhnya Allah itu berpegang kpd janjinya. Aku ceritakan secebis kisah yang kecik jer..kalau ikut kesnya tidaklah sebesar mana, namun, dari yg kecil inilah seterusnya akan membentuk yg besar.
Kisahnya suatu hari aku mengunjungi sebuah keai aksesori kereta untuk memasang "tint' pada cermin keretaku. Sebenarnya kedai ini aku sudah kerap kali aku kunjungi dan menjadi pelanggannya. Entah macamana hari itu, pemasangan tint pada cermin keretaku tidak berjalan lancar bilamana aku dapati hasil kerja mereka tidak memuaskan hati sehingga menyebabkan kerosakan kepada lapisan tint yang asal. Untung masih dalam garenti, kedai itu pun membuat sekali lagi proses pemasangan pada cermin yg bermasalah tadi. Bagaimanapun, pemasangan kali kedua turut tidak berjaya kerana kualiti pemasangannya masih bermasalah. Tint itu mengelembung menampakkan kecacatan. Aku pergi semula ke kedai tersebut untuk ulangan pemasangan sekali lagi. Walaupun berbagai alasan yang kedai itu berikan untuk menunda pemasangan tint yang baru namun aku tetap berkeras untuk segera menyelesaikan masalah itu secepat yg boleh. akhirnya pemasangan tint kali ke tiga dilakukan namun sekali lagi kesan calar pula terlihat setelah proses pemasangan selesai...Oh tuhan...aku segera berfikir kenapa aku menghadapi situasi ini..sedikit sebanyak aku berasa tertekan dan amat tidak selesa kerana risau menyusahkan banyak pihak, namun aku terpaksa lakukan kerana bukan salah aku atau cermin keretaku ,tetapi salah mereka yang membuat kerja kurang teliti. Segera tiba2 aku terimbas semua satu peristiwa di kedai yg sama dulu tatkala aku membeli dan memasang aksesori di situ,namun apabila pulang ke rumah ku dapati tint pada cermin kereta ku bercalar dan rosak.Baru aku teringat bahawa semasa pemasangan aksesori tersebut, seboklah tokey kedai itu menyuruh aku memasang tint yg baru kerana menurutnya tint keretaku sudah rosak. Sedangkan padaku, tint itu masih ok dan tidak calar.Namun,aku terkejut mendapati tint cermin kereta ku sudah dirosakkan oleh seseorang,segera aku yakin bahawa merekalah yg sebenarnya merosakkan tint keretaku sendiri sebagai cara strategi mereka untuk menyuruh aku menukar yg baru. Mereka mengambil kesempatan kerana kononnya aku ni perempuan dan mudah dipujuk serta ditipu. Bila kusedar bahawa aku jadi mangsa ketamakan dan ketidak jujuran peniaga yang macam ni..betapa sedih , marah dan kecewanya aku...namun aku tidak boleh berbuat apa-apa...
hanya yg boleh pada waktu itu untuk menyabarkan hati, aku hanya mengadu dan berdoa kepada Ilahi...
Dan...tidak ku sangka..hari ini..Allah telah menunaikan doa itu bilamana di kedai yang sama ini, mereka telah kerugian berhelai2 kertas tint hanya untuk satu cermin keretaku seorang!. bayangkan...satu sahaja cerminku yang bermasalah namun mereka telah menukar gantikan tint itu lebih dari 6 helai tint dan ulangan sebanyak 5 kali pemasangan!..
kenaplah nak doakan keburukan kpda orang dan merasakan puas hati orang mendapat musibah.....pikirkanlah
ReplyDelete