Tajuk
|
Lidah Untuk Merasa
|
||||||||
Ringkasan
|
Dalam tajuk ini murid di perkenalkan dengan anggota badan manusia yang
boleh mengesan deria rasa. Murid juga dapat belajar mengelas makanan
berdasarkan rasa manis, masin, pahit dan masam.
|
||||||||
Standard Kandungan
|
Sains Fizikal
7.1 Mengaplikasi pengetahuan tentang pelbagai
rasa.
|
||||||||
Standard Pembelajaran
|
Murid boleh:
7.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang
berkaitan
dengan deria rasa.
7.1.2 Mengelas pelbagai bahan makanan
berdasarkan rasa
manis, masin, pahit, dan masam
dengan menjalankan
penyiasatan.
|
||||||||
EMK
|
`TMK
|
||||||||
Tempoh Masa
|
1 Jam
|
||||||||
Sumber
|
1.
Kad Gambar
2.
Bahan makanan (garam, limau, gula dan
serbuk kopi)
3.
Kain penutup mata
4.
MS Power Point
5.
Lembaran Kerja 1
6.
Lembaran Kerja 2
|
||||||||
Aktiviti
|
Di dalam bilik
darjah.
1.
Guru menunjukkan gambar kek dan
bertanya kepada murid-murid, “Siapa pernah makan kek?”
2.
Guru menunjukkan bahan makanan
seperti gula, garam, cuka dan serbuk kopi kepada murid-murid.
3.
Guru meminta semua murid menutup mata
masing-masing dengan menggunakan kain.
4.
Guru memberi setiap murid merasa
makanan satu persatu.
5.
Guru meminta murid menyebut rasa
makanan tersebut.
6.
Guru meminta murid menyatakan
nama-nama lain bagi makanan yang diketahui serta rasanya.
7.
Guru menulis jawapan murid di papan
putih.
8.
Guru mempamerkan MS Power Point yang
menunjukkan gambar dan rasa makanan.
9.
Guru meminta setiap murid menjawab
soalan melalui aplikasi yang dipaparkan.
10. Guru
mengedarkan lembaran kerja 1 kepada murid-murid dan diikuti lebaran kerja 2
(pemulihan).
11. Semua
murid diminta menyiapkan latihan didalam buku aktiviti (pengayaan).
12. Guru
menyoal semula nama dan rasa makanan kemudian meminta murid mengeja da
menyebut.
|
||||||||
Penilaian
|
Murid
menyiapkan lembaran kerja
|
||||||||
Aktiviti Pemulihan
|
1.
Murid menyiapkan lembaran kerja
2.
Murid mengeja dan menyebut.
|
||||||||
Pengayaan
|
Murid
menyiapkan latihan di dalam buku aktiviti.
|
Thursday, April 26, 2012
CONTOH RINGKASAN MENGAJAR DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 1-LIDAH
Labels:
pendidikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment