Thursday, April 26, 2012
Semangat yang Indah
melihat kawan sebok dan mengeluh pening membuat tugasan dan assignment, ditambah dengan tugasan harian yg wajib untuk dilaksanakan,aku terimbas semula saat2 itu yg serupa aku lalui tika waktu dahulu..ya,bila dikenang semula saat itu,manis dan pahitnya masih aku terasa. Sesekali turut teruja bilamana semangat kawan2 dalam menempuhi cabaran itu seakan menggamit aku untuk meneruskan lagi perjuangan yg sama seperti mereka.Namun bila mengenangkan terdapat frasa"tiada laluan untuk master dlm pendidikan", maka semangat itu terpaksa aku kuburkan kerana banyak sebab2 lain yg berkaitan. Mungkin rezeki sekadar yg tersurat.Untuk semua teman2 yg masih gagah meneruskan perjuangan, aku doakan kalian tabah dan sabar menempuh ujian yg berkala itu. Semakin lama nanti, pasti kalian akan terlihat kilauan permata di sebalik debu2.Pasti kan merasa teruja dan terbalas segala penat lelah kalian bilamana kalian menyarungkan jubah di badan sendiri...rasalah pengalaman itu nanti insyaallah!.
Labels:
memories
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment