Sambungan....
Redha itu juga bermaksud luruskan hati!...Sukarnya kita itu untuk redha bermakna juga sukarnya kita untuk meluruskan hati menerima segalanya kepahitan dan kelemahan sesuatu dengan tanpa bersungut serta pasrah. Kita sebagai manusia biasa segagah dan sekuat manapun tekad serta iman kita, ianya tidak menjamin untuk diri kita jadi sempurna kerana sesungguhnya syaitan sudah berjanji akan terus menggoda dan menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat hatta sehingga kita di sakaratul maut pun...
Oleh itu...apa yang seharusnya kita buat?!..
Itulah yang aku katakan...betapa sukarnya kita untuk memujuk hati...meluruskan hati...waima, memuhasabah diri untuk menerima ketentuan dan kelemahan orang lain mahupun diri kita sendiri. Betapa sukarnya kita untuk menerima kritikan dan kesilapan diri apabila diri dituding jari?...Tentu kita berusaha untuk menepis malah menyanyi lagu bangau oh bangau kan!...
Adakalanya kita juga sukar untuk menerima kenyataan sebarang kesilapan atau ketidakpuasan terhadap sesuatu perkara tersebut adalah totally angkara orang lain bukan?.. Adakalanya memang nyata kelemahan tersebut bukan dari pihak kita...so...bagaimana harus kita hadapinya?..Tegakah kita untuk bertenang sambil menarik nafas serta menerimanya sebagai takdir dan redha tanpa sebarang sungutan?? Wajarkah kita begitu atau selurus manakah hati kita sehingga kita mampu menghadapinya dengan menganggap segalanya itu adalah ujian dan dugaan untuk melihat sejauh mana hati kita boleh lurus atau redha?
Tentu banyak pertanyaan dan persoalannya kan?...
Tepuk dada tanya iman...kerana semua tindakan kita bertitik tolak dari niat yg tersemat dalam HATI kita...
Sesungguhnya ..daging yg dipanggil hati itu perlu kita lihat dan servis kerana adakalanya hati kita mungkin mengalami kekurangan zat atau air.Ada waktunya juga kemungkinan Hati kita telah mati tanpa kita sedari..
Perlu juga kita intai adakah hati kita sakit atau sihat..bersih atau kotor malah putihkah atau hitam?
No comments:
Post a Comment