Thursday, March 8, 2012

Jika bukan rezeki..dan jika sudah rezeki...

Niat di hati pada hari itu, aku nak tunjukkan sesuatu kepada suamiku. Aku pun mula lah buka cerita kepada suami tentang pemberian dari seorang kawan. Mulanya aku sengaja menyentuh mengenai nilai sebuah JADE dimata masyarakat cina dan pasaran masa kini tentang batu jade tersebut. Aku ceritakan jua kisah seorang juru jual batu jade yang sering datang ke tempat kerja ku dan menjual gelang, rantai serta cincin yang nilainya beratus ringgit sebentuk. Maka dibelilah oleh mereka yang berminat dan tertawan dengan batu tersebut dan juga pujukan juru jual itu.
Setelah mendapat maklumbalas yang ala kadar mengenai isu batu jed ini..(maklum..suamiku bukan faham sangat tentang aksesori wanita ni)...aku pon cubalah untuk masuk ke bab yang sebenarnya aku dapat cenderamata dari seorang kawan iaitu buah kalung dari batu jed !. Aku segera mencari batu tersebut yang masih ku simpan dalam bungkusan asalnya sejak ku terima dulu lagi. Aku memang letakkan benda tu di atas meja kaca tu agar mudah untuk aku nampak seterusnya boleh ku ceritakan kepada suamiku..itulah niat ku..
Malangnya..cari punya cari hingga ke seluruh pelusok rumah dan tong sampah...aku gagal menemui buah kalung yang ingin ku tunjukkan kepada suamiku ini.
Aduhhh!...frusnya aku...sedih sungguh hatiku..bukan sedih sebab tak dapat tunjuk kat suami tetapi..sedih dan terkilan kerana pemberian yang sebegitu jarang aku dapati dan tak mungkin pula untuk aku beli sendiri walaupun aku menyukainya. Namun..jika bukan rezeki ku...sayang bagaimanapun ia tetap akan hilang jua dari kita...
Apalah aku nak cakap pada kawanku bila dia bertanya mengapa aku tak pakai lagi buah kalung tu?..aku tak ceritakan pun padanya bahawa buah kalung itu sudah hilang!..ah!..dh tak jadi rezekiku..

Kekesalan dan kesedihan itu aku tanggung sendiri dan kecuaian aku mengambil ringan tentang barang yang aku sayang telah ku telan perlahan-lahan disamping terus berdoa agar suatu hari akan ku temukan buah rantai itu.
Aku hilang punca dan memang langsung tak tahu nak cari dimana dan bagaimana ia boleh hilang?
Hari berganti minggu,berganti bulan dan bersilih tahun...

Suatu hari bapaku sakit dan memerlukan seseorang untuk menjaga serta mengawasinya. Memandangkan adik-beradikku yang lain mempunyai urusan masing-masing, aku dengan rela hati mengambil cuti untuk membawa bapaku ke hospital dan memerhatikan perkembangannya. Walau pada mulanya aku kebingungan memandangkan minggu itu adalah minggu aku bertugas!.namun, demi orang tua, aku harus utamakan mereka berbanding untuk menjaga hati rakan sekerja yang hasilnya kita tidak tahu seberapa.
Alhamdulillah..setelah selesai urusan hospital dan bapaku telah berehat dan bertenang dari sakitnya, akupun mencurui-curi masa untuk membaca majalah yang tersusun di rak yang terletak di dinding lalauan ke bilik air. Aku selak2 judul buku sambil meneliti tajuk yang dapat menarik minatku..tiba-tiba...EH!...biar betul! rasanya macam aku kenal barang yang terselit antara buku-buku di rak tersebut! ya!..itulah barang yang aku hilang selama ini! ya..buah kalung batu jed yang dihadiahkan oleh seorang kawanku...telah aku temui semula!..
Masyaallah!..bagaimana boleh berada di situ?sedngkan aku rasa aku kehilangannya di ruamahku di Teluk Intan tetapi terjumpanya di rumah bapaku di Sungai Besar!Biar betul!?..

Apapun yang berlaku..semuanya di luar kemampuanku untuk memikirkannya..yang penting aku sangat bersyukur dapat merasa memakai buah kalung pemberian dari seorang teman! Istimewanya..buah kalung itu memang dibeli terus dari negara China sewaktu kawanku berkunjung ke sana.Alhamdulillah! jika sudah rezeki kuu...

1 comment:

  1. NIce story....
    yelahh sometime rasa cam rezeki ni tersekat.....
    adehhhh

    ReplyDelete