Monday, February 27, 2012

kentang lenyek/lecek...(tk guna pemutar)

sebab tu namanya bukan kentang putar!mmmm..pertama kali aku buat kentang lecek ni, aku memamg rasa puas hati sebab akhirnya berjaya juga aku buat sendiri makanan barat yg paling aku gemar ini. Nak beli kt KFC,makannya tk puas..banyak beli banyak la kosnya...
Akhirnya aku carila resepi d internet dan pilih 2-3 resepi yang ringkas dan akupun cuba buat sendiri..memang sodap!


bahan kentang lecek

8-10 biji kentang, di kupas dan direbus empuk. toskan kering2.
3-4 sudu butter/mentega.
1/2 kotak kecil susu segar. boleh mengikut anggaran sendiri bergantung kepada kepekatan adunan kentang yang dikehendaki.
Lenyek kentang hingga hancur, masukkan mentega dan susu segar sedikit-sedikt, gaul rata . Masukkan sedikit lada sulah dan lada hitam anggaran 1 sudu setiap satu.

bahan kuahnya

1 labu bawang besar
1 batang saleri (boleh juga guna daun saderi)
1 kiub pati ayam
3-4 sudu mentega,lada sulah/lada hitam.
3-4 sudu tepung gandum

caranya...rebus sahaja pun boleh, atau boleh ditumis bawang besar yg dicincang halus berama mentega hingga kekuningan.Masukkan air anggaran 3-4 cawan,masukkan saderi,kiub ayam,kacau dan biarkan mendidih hingga sebati.Tapis rebusan ini, kemudian air rebusan yang telah ditapis tadi direneh semula dengan memasukkan tepung gandum yg dibancuh dahulu dengan sedikit air. kacau hingga pekat. jika mahu kelihatan berkilat, bleh tambahkan bancuhan tepung jagung dalam 2-3 sudu.Perisakan dengan lada hitam dan lada putih mengikut citarasa.Ada gak resepi yang kata,jika mahu kuahnya gelap cket..leh tambah sos tiram atau sedikit kicap!. setelah kuah pekat,bolehlah hidangkan bersama kentang lecek tadi.
Senang je nk buat rupanya...
Dlm intenet ada bermacam2 versi..aku buat yang senag dan aku jadikan seperti cara yang semudah2nya.

No comments:

Post a Comment