ini resep yg aku dapat dari mertuaku...idaklah belajar secara formal cuma selayang pandang jer..maklum dh dekat 20 tahun kawen ngan org negeri,tentulah sedikit sebanyak teresap cara makan mereka. Apa pun, aku percaya resep ini diminati ramai oleh teman2ku yg lain. Kalau selalu tu, asik rasa jer yg aku buat, kali ini..nah!...amik ko resep ini dan sesiapa yg rasa rajin tu,cuba-cubalah buat ya?.bagaimanapon...resepi ini tiada sukatan yg tepat, sekadar anggaran shj.
BAHAN2
Daun kunyit (yg muda) 2-3 helai
daun ulaman seperti, pegaga, tenggek burung,kadok dan juga sayur dedaun yg lain sepeti pucuk ubi,pucuk paku, pucuk labu,dan segala macam pucuk pon boleh.Semua dedaun tadi jumlahnya adalah serba sedikit / segenggam.Ataupun, apa-apa sahaja ulaman yg ada di keliling umah tu,dh boleh buat resepi ini.
petai 2-3 papan,
tempoyak anggaran 3-5ringgit
santan dari sebiji kelapa
ikan bilis anggaran 1 mangkuk kecil (1-2 genggam)
serai 5-6 batang.
kunyit hidup 2 inci
cili api 1 ringgit atau ikut suka pedas atau tidak.
CARA2NYA
Kesemua bahan daunan, ulaman dan serai hendaklah dihiris halus-halus seperti hirisan bunga rampai.
tumbuk cili api dan kunyit hidup sehingga halus,masukkan ikan bilis yg telah dibersihkan, boleh tumbuk kasar2.
masukkan semua bahan hirisan tadi dalam periok,masak seketika cili yg ditumbuk tadi bercampur sedikit air(1 gelas)..
setelah daun layu, masukkan tempoyak, kacau sebati. masukkan santan dan renehlah sehingga menjadi pekat. perasakan garam dan jika suka boleh masukkan sedikit gula.Jangan lupa masak sehingga adunan pekat dan sentiasa dikacau kerana mengelakkan hangit.masak dengan api perlahan sekurang-kurangnya 20 menit.
No comments:
Post a Comment