Saturday, November 26, 2011
nasi goreng kerabu
Ini adalah kali pertama aku mencuba membuat nasi goreng kerabu ini, aku memberanikan diri mencubanya setelah diyakinkan oleh kawan2 bahawa nasi goreng kerabu juga mempunyai rasa yang tidak mengecewakan.
Bahan-bahan.
3-4 mangkuk nasi (anggaran untuk 3-4 orang makan)
4-5 ulas bawang merah kecil.
2 ulas bawang putih,
sedikit daging atau ayam yang di potong kecil2
10 tangkai cili api
kacang panjang atau kacang botol (ikut suka banyaknya)dan dipotong kecil2.
2 batang serai,dipotong/hiris halus,
sekuntum bunga kantan juga dihiris halus,
sedikit daun kesum dihiris halus.
Cara-caranya.
gaulkan nasi dengan garam secukup rasa.
panaskan minyak masak,
tumiskan cili,bawang merah dan bawang putih yg telah di tumbuk sehingga naik bau.
masukkan daging yg telah di potong kecil, tumis sehingga kering air daging tersebut,
masukkan serai, kantan dan kesum yg dihiris halus,kemudian masukkan sayur kacang. akhir sekali, masukkan nasi dan gaul rata. goreng sehingga sebati dan nasi benar2 panas dan tanak. sedia di hidangkan bersama-sama lauk kegemaran anda taupun bersama-sama keropok ikan.
Pada mulanya aku risau juga jika anak-anak tidak gemarkan nasi ini kerana mereka tidak pernah lagi dihidangkan dengan resepi ini. Namun nampaknya ada yang sehingga bertambah 2 pinggan,bermakna resepi ini dapat mereka terima. Alhamdulillah!cubalah sendiri.
Labels:
resepi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment