Monday, November 28, 2011
simply rendangku
resepi rendang ni memang simple jer. Sementelahan pula sekarang ni tengah banyak daging dalam peti, maklum lepas raya korban!So aku pun praktikkanlah resep ini. tak rugi mencubanya.selain ianya mudah dan boleh dibuat dengan bahan2 yg sedia ada di dapur shj!.Jika suka menggunakan daging ayam juga boleh.beza dan simplenya resepi ini ialah kerana ianya tidak memerlukan rempah ratus seperti kebiasaan membuat rendang.Nah,aku tempekkan resepinya..
bahan2
1/2 kg daging di potong kecil/nipis (ikut suka)
1 ringgit cili kering di kisar
3 labu bawang besar di kisar
4 ulas bawang putih di kisar
1 inci halia di kisar
1 inci lengkuas di kisar
5 batang serai boleh di kisar atau ketuk
1 inci kunyit hidup di kisar
daun kunyit /daun limau purut (hiris2)
1/2 kg santan
cara2,,
tumis bahan kisar termasuk serai dengan minyak sehingga naik bau atau pecah minyak.masukkan daging dan masaklah sehingga kering air dagingnya, atau anggran daging telah empuk.(boleh tambah air).setelah daging empuk, masukkan santan,boleh juga di masukkan sekeping asam gelugur. masak lagi sehingga pekat. tambahkan garam,gula dan hirisan daun kunyit/limau purut.setelah berpuashati dengan kepekatan rendang, boleh lah diangkat dan hidangkan... mmm..rasanya pasti tidak mengecewakan.
rendang ini juga sedap dimakan bersama nasi impit.
Labels:
resepi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment