Tuesday, November 15, 2011

Keluarga "Si Kerangan"

Aku ingin memerkenalkan antara keluarga kerangan yang banyak terdapat di sekitar kampungku.Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tidak pernah merasa atau melihat sesetengah keluarga kerangan ini.Begitu juga aku amat teringin untuk mengetahui dan mengenali keluarga kerangan yang terdapat di pantai Timur khasnya kerana aku pasti ianya sungguh berbeza dan istimewa. Bagi penggemar makanan laut, tentu kita tidak akan melepaskan peluang untuk merasa kerangan2 ini dengan menu yang berbeza bukan?

antara jenis kerangan yang terdapat disekitar kampungku seolah bermusim sepanjang tahun adalah kerang. Kerang yg berada di kawasan ini terdapat yang diternak mahupun yang hidup liar.kebanyakan kita semua maklum tentang rupa kerang dan menu yang sering menjadi pilihan.

Inilah wajah kerang yg biasa terdapat di seluruh negara. Bagaimanapun, memang terdapat sejenis kerang bulu yg saiznya lebih besar dari kerangan biasa tetapi diselaputi bulu-bulu halus di seluruh permukaan kulitnya. namun kerang jenis ini sukar untuk ditemui dalam kuantiti yang banyak kecuali di tempat tertentu.

 .Untuk menikmati kerang,selalunya kita bakar,rebus, dan masak lemak sahaja. Namun, jika mahu mencuba menu yg keluarga saya sering hidangkan ialah kerang goreng.Kerang dibersihkan dan kemudian digoreng seperti menggoreng ikan dalam minyak yg banyak tanpa perlu digarami dulu. Setelah kerang terbuka ia menandakan telah masak maka toskan minyaknya sehingga kering. Rasanya pasti mengagumkan anda!Kerang sering digunakan sebagai pengganti udang dlam masakan kuewtiow,sambal mahupun dibuat sate.
Remis merupakan sejenis beradik kerangan yang mempunyai isi yang manis, kulitnys lbih tebal dari lala dan bersais kecil.oleh yang demikian, kebanyakan kita hanya akan merebus sahaja remis ini untuk di makan.bagaimanapun, hakikatnya remis juga boleh  dihidangkan dalam pelbagai menu lain seperti masak lemak atau tumis pedas.
remis mempunyai corak berbelang di kulitnya .
Seterusnya ialah mentarang. Kulitnya kasar persis kerang namun bentuknya panjang seperti sudu. hidup serupa seperti kerang d persisir pantai yang berlumpur. Rasanya manis dan lebih hebat dari kerang. Boleh di masak apa sahaja menu seperti bakar, rebus, masak lemak dan sebagainya. Namun bagi keluarga saya, kami sering masak tumis pedas atau di goreng kunyit begitu shaja. Rasanya akan lebih terserlah!

Ini mentarang mentah. kelihatan ekornya terkeluar dari  cengkerangnya. Kita boleh kenalpasti samada mentarang tersebut masih hidup atau sudah mati dengan menyentuh ekornya ini. Ada yg umpamakan ekornya seperti cicak?...apa2pun...rasanya memang Booom..

Inilah rupa mentarang yg telah di goreng dan disebelahnya dalam mangkuk kecil adalah rupa ala-ala goreng kunyit.


Inilah rupa mentarang apabila dikopek.
Gambar bawah adalah alala yg kulitnya lebih nipis dari remis.
Ala-ala ini belum dibuang kulitnya. Boleh di masak terus dengan kulitnya dalam apa jua resepi pilihan.Sementara gambar di bawah merupakan ala-ala yang telah dibuang kulitnya dan hanya tinggal untuk dimasak sahaja. Bagaimanapun, perlu berhati-hati sewaktu membeli ala-ala yang telah dikopek kulitnya ini kerana jika tidak berhati2 kemungkinan kita akan terbeli ala-ala yang telah terlalu lama dan tidak segar. Ianya turut mempengaruhi rasa kerangan ini.
Gambar dibawah menunjukkan keadaan ala-ala yg dijual dalam keadaan yg telah dibuang kulitnya.Selalunya setiap bungkus berharga RM 2.00.

Sementara, gambar dibawah pula ialah gambar kijing. Berwarna sedikit kehijauan atau kekuningan.Kulitnya tebal sedikit berbanding remis tetapi bersaiz lebih panjang sedikit dari remis .Banyak didapati di kawasan yang sedikit berpasir.Mempunyai rasa yang sama seperti remis namun isinya lebih besar dan kenyal berbanding remis.Juga turut sesuai untuk dimasak apa sahaja menu umpamanya sup atau masak lemak.ada juga yang suka goreng berlada.Namun jangan terkeliru kerana terdapat spesis kembar kpd kijing yg dinamakan biji nangka...sebijik sama cam kijing namun bersais lebih kecil dn pendek.

Jika anda sukakan seafood ini, maka cubalah cari2 di sekitar anda dan beranikan diri menikmatinya!.

1 comment:

  1. Aku suka ngan kerang2an nih tapi yang mentarang tu aku mmg tak leh makan.....sbb aku mabok kalau makan....selera masih ada...tp huhuhu sedih aku kalau nampak orang makan ...orang lain makan ok je....

    ReplyDelete