Sunday, November 13, 2011
kenderaan Sebagai Lorong ke Redha Ilahi.
Allah tidak memandang kepada banyak dan berprestej nya harta seseorang itu tetapi menilai dari sudut sikap dan pekerti seseorang manusia itu sendiri. Contohnya jika seseorang itu memiliki harta umpama sebuah kereta yang mahal dengan menganggap ianya akan menaikkan taraf atau nilai diri mereka sebenarnya adalah salah.Apa yang seharusnya kita sebagai manusia lakukan dari keperolehan harta yang dimilikinya adalah dengan bersyukur dan menjadikan harta mereka itu sebagai landasan untuk terus berada dekat di jalan Allah S.W.T. Bagaimana caranya?
Kita kongsi cara yang mudah dan dekat sekali dengan kebanyakan kita semua....
Pertamanya, apabila perolehi kenderaan baru di sunatkan untuk kita sebelum menaikinya atau menyentuhnya hendaklah kita memuji Allah dan seterusnya membaca bismillah dan doa untuk menaiki kenderaaan. Begitu juga jika kita hendak menjual kenderaan, kita juga sunat membaca doa memohon dijauhkan bahaya.
Keduanya, kenderaan kita merupakan tempat yang sering dijadikan tempat untuk berkumpul bersama-sama keluarga dan rakan seterusnya kita jadikan ianya tempat untuk memperoleh ilmu seperti mendengar ceramah agama, bacaan ayat-ayat Al-Quran sehingga mampu kita menghafaznya ataupun perdengarkan zikir2 untuk melmbutkan hati sepanjang perjalanan kita adalah lebih bermanfaat dan berkat untuk kita.
Begitu juga, dalam kenderaan juga merupakan tempat untuk kita belajar mengawal emosi seperti marah dan tertekan. Dalam keadaan tegang tentunya adakala kita melepaskan emosi marah terhadap orang lain dan keluarga yg berada dalam kenderaan itu mahupun kita memahari atau memaki orang lain. Adalah diingatkan agar kita jangan mencaci atau memaki orang lain apabila dalam keadaan tegang kerana perbuatan itu sebenarnya telah membesarkan syaitan menjadi saiz sebuah rumah,namun jika kita kawal kemarahan dan emosi itu dengan membaca Bismillah maka kita telah menukarkan saiz syaitan tadi menjadi sekecil seekor lalat!.
Pembaca sekalian, kenderaan kita juga merupakan anugerah yang seharusnya kita kongsikan bersama-sama dengan mereka yang tidak mempunyai kenderaan. kerana tidak semua orang mampu memiliki kenderaaan. Oleh itu, disunatkan kita menolong jiran atau sesiapa yang memerlukan kenderaan seperti menumpangkan mereka ke tempat-tempat tertentu bilamana perlu. Bukankah itu akan menambah keberkatan di atas harta kenderaan yang kita miliki?.Sebenarnya ada banyak lagi cara dan adab untuk manusia sewaktu berurusan dengan kenderaan seperti, hendaklah kita menghormati tuan punya kenderaan apabila menumpang, seeloknya biarlah sehingga tuan punya masuk dan pelawa kita duduk, barulah kita masuk dan duduk di tempat yang ditunjukkan. mmmm...andai punya pendapat yang lain..apa salahnya kita kongsi bersama2 kan!...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment