teman, suatu ketika dahulu
kita pernah bertemu,
kita sepermainan...
nakalmu, riangmu,menceriakan perjalanan hidupku,
teman...
waktu itu suaramu sering kurindu
mengalunkan azan berkumandag di surau
senyuman manismu secerah bulan purnama
seikhlas sanubarimu membungakan sukmaku
tatkala menyemai ikatan ukhwah kita
sopan tuturmu dan pekerti yg terpancar
sesuci perasaan ini tika itu.
teman...
secara tiba-tiba kita berada dilandasan yang berbeza
kian terasing dalam dua dunia
pandangan yg kian kelam
menjadikan kita terkapai-kapai mencari haluan
sendirian...
kini tiada lagi pernah berjumpa,seolah kita tidak pernah bersua
gagal membayang wajah dan rupa
kerana suatu waktu dan ketika itu
sekadar dizaman yg telah berlalu
dalam zaman kanak-kanakku
umpama mimpi yg hilang pabila kita terjaga
kita bertemu untuk berpisah.
No comments:
Post a Comment