Sunday, November 13, 2011

kek asam /duit-duit

resepi ini nampaknya mudah namun sedikit rumit dan cerewet membuatnya kerana ianya memakan masa dan hanya untuk orang yang sabar dan semangat yang tinggi jer yg boleh membuat kek ini. sesiapa yg rasa suka pada cabaran ini silalah mencubanya.

bahan2:
250gm mentega
3/4 cawan gula
6 biji telur
2 cawan biskut marie yg di kisar dan di ayak
pewarna kuning dan hijau.
asam duit2 (haw Flakes) rm 4.
1/2 cawan susu pekat.

cara2nya:
Putar mentega dan gula hingga kembang. masukkan telur satu persatu.masukkan susu pekat. putar lagi.masukkan biskut marrie,bahagi dua.
lapiskan dan kukus...selama 5 minit utk setiap lapisan. Letakkan asam duit2 kemudian lapiskandengan lapisan bewarna yg lain. kukus lagi. Ulangkan cara yg serupa sehingga ke lapisan terakhir...kukus lapisan terakhir selama 20 minit.

maaf tk de gambarnya kerana saya TAK RAJIN!..

No comments:

Post a Comment