Sewaktu aku berkursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 2, kami mengupas kandungan yang disediakan untuk penambahbaikan pengajaran yang akan diajarkan kepada murid tahun dua 2012.Murni sudah tujuan kursus tersebut namun ianya tidaklah semurni yang disangka. Adalah menyedihkan dan disesali apabila mengenangkan gerangan mereka yang bertanggungjawab menggubal dan membuat draf/lakaran sebelum membukukan kandunagn tersebut.Sudah tentulah gerangan mereka tersebut adalah yg terpilih di kalangan mereka yang berilmu bahasa dan berpengalaman dalam bidang ini sekurang-kurangnya?.Aku bukanlah nak komen sangat pasal kandungan kurikulum tersebut tetapi ingin menyentuh mengenai penggunaan bahasa melayu yang betul di kalangan orang-orang bahasa itu sendiri.
Benarlah kita mudah lupa,dan kita sendiri jugalah yang meletakkan maruah bahasa kita sendiri sehingga di takuk mana.kita jugalah yang menghina bahasa sendiri dan mencemarkannya. Namun apabila terdapat orang-orang yang mempertikaikan tentang maruah bahasa itu sendiri,masing-masing pihak akan menuding jari sesama sendiri.Lihatlah sahaja judul luar pada kulit kurikulum standard tersebut..tertulis "Bahasa Malaysia"digunakan.Persoalannya, bukankah Malaysia itu sebuah negara dan adakah negara mempunyai bahasa?jawapannya ada! namun hanya di Malaysia kerana di negara lain mereka tidak mengatakan bahasa rasmi negara mereka dengan menggunakan nama negara itu sendiri! Sepatutnya kita mengekalkan jati diri dan mempertahankan identiti negara kita dengan berbangga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kita.
Di dalam penulisan rancangan tahunan dan rancangan harian untuk pengajaran dan pembelajaran juga, golongan interlek ini telah memilih untuk menggunakan istilah bahasa inggeris yang ejaannya telah dimelayukan: bermakna ianya seolah telah diterima sebagai sebahagian daripada bahasa melayu!sedangkan hakikatnya , perkataan tersebut telahpun ada dalam kamus bahasa melayu.contohnya penggunaan perkataan 'Band' sepatutnya boleh menggunakan perkataan melayu iaitu "aras'. Pemilihan kata "Standard" yang sepatutnya adalah sukatan dan 'diskriptor' digunakan untuk menggantikan makna penerangan/penjelasan.begitu juga dengan kata 'refleksi'yg telah digunakan untuk menggantikan impak atau kesan.
Bukanlah salah untuk menggunakan bahasa Inggeris namun apabila menggabungkan 2 jenis bahasa menjadi satu, bukankah ianya telah menjadi rojak?Kita tidak dapat melihat jati diri bangsa kita sendiri di dalam rupa bahasa kita sedangkan pepatah mengatakan bahasa melambangkan bangsa!.Mengapa fungsi badan-badan dan mereka yang berkaitan dengan bahasa tidak diumpamakan?
Moralnya di sini, adalah memalukan untuk menerima pakai, orang bahasa yg hendak mengajar anak bangsa tentang bahasa sendiri tetapi dalam waktu yg sama telah menconteng arang ke muka bahasa itu sendiri. Bagi kami sebagai guru, telah termaktub sebagai yang nemurut perintah....kami mentimun...tetap menjalankan tanggungjawab selagi berkhidmat dan dengan sedikit harapan agar semua orang bahasa,pekalah dengan keadaan bahasa kita dewasa ini.Sememangnya bahasa kita semakin tenat namun berjaya diselindungai dengan topeng-topeng yang didalangi oleh mereka yang turut bertopeng!.
No comments:
Post a Comment