Tuesday, August 2, 2011

Teluk Intan,

Bunyi SMS yang masuk ke telefon bimbitku membuatkan aku menghentikan sebentar bacaan di majalah Reader Digest lalu segera membuka peti masuk SMS untuk melihat kandungan yang dihantar tadi. Berkerut seketika keningku sebaik habis membaca mesej yang ku terima."Ini tentu ada sesuatu, tiba-tiba je bagi sms? selalalunya tidak pernah pun?"aku berteka teki sambil merungut kecil. SMS itu aku biarkan tanpa jawapan. Aku sedang memikirkan kewajaran aku untuk membalas mesej tersebut dengan mengenang semula rentetan sejarah yang selama ini sering ternyata kebenarannya.Bagaimanapun hatiku memujuk untuk tidak terus berperasangka buruk dan seharusnyalah aku bersyukur kerana orang yang menghantar SMS itu beranisiatif untuk merisik khabar.
Seperti kebiasaannya, sms itu akan ku balas setelah hati aku sejuk, mungkin sehari atau beberapa jam selepas sms ku terima kerana tidak mahu menimbulkan suasana yang lebih buruk.Adakalanya aku langsung tidak membalas sms itu jika aku berasakan ianya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Sg Besar Selangor,

"Hari itu Kak Long ada menghantar SMS pada kita"tiba-tiba aku mencelah di tengah keriuhan adik beradikku yang berkumpul di rumah bapaku di suatu hujung minggu.
Hah, apa plak yang dia hendakkan lagi?Kak Cik bertanya dengan sedikit nada terkejut.
"Alaahh...bertanya khabar biasa saja" jawabku, "Tapi ada sesuatu yang pelik dan janggal sikit dalam smsnya kali ini'. Tambahku.
Apa halnya? Kak Cik soal lagi.
"ayat yang diguna dlm sms tu agak pelik sikit, tak pernah-pernah Kak Long hantar sms cam tu..ntah buang tebiat ke agaknya"jawabku lagi namun masih belum menyatakan bagaimana ayat Kak Long tersebut.
Ayat macammana pulak? tanya Kak Cik lagi.
"ntah, dia ada sebut pasal rindu ngan kita adik -adik dan siap salam muah-muah lagi pada kita" jawabku beserta ketawa gelihati.

Masing2 yang ada di situ turut ketawa seolah-olah sms yang Kak Long hantar itu sangat kelakar.Ya lah, masakan tidak, sekian lama hanya kami sahaja yang bertanya khabar terhadap Kak Long namun Kak Long sedikit pun tidak memberi respon yang munasabah. Kami sering mengajak Kal long datang ke rumah bapa dan bawa bersama anak-anaknya, iaitu anak buah kami juga untuk bercuti dan bersua muka sekali sekala, namun Kak Long tidak pernah mahu terima. jika ada pun sekadar menghantar anak-anaknya sahaja pulang ke kampung,itupun setelah anak-anaknya merajuk .Kak long memberi pelbagai alasan untuk tidak turut sama. Kami sudah lali dengan sikap Kak Long. Lagi-lagi pada awal pemergian arwah abang Long,Kak long sering mengungkit tentang keperihatinan kami adik beradik serta bapa terhadap cucu arwah, sedangkan Kak Long sendiri yang berhajat untuk terus menjaga sendiri anak-anaknya.Takkan kami nak pisahkan anak-anak dari ibunya? Lagi pula kini Kak Long sudah berkahwin lain dan mempunyai anak dengan suami barunya, maka kami tidak lagi boleh sesuka hati untuk mengganggunya.

Teringat sewaktu sebelum kak long berkahwin dengan suaminya sekarang,Kak Long akan menghubiungi kami jika dia mempunyai masalah dengan keluarganya atau dengan anak-anaknya.Setelah kami memberi nasihat dan pendapat mana yang boleh, kak long akan terus senyap tanpa khabar berita sehinggalah tiba masalah terbaru pula. Pernah juga kak long menangis-nangis datang mengadu dengan kami mengenai rumah tangganya yang bermasalah kerana dia sendiri tidak dapat mengadu dengan adik beradiknya lantaran mereka kahwin lari di Siam. Bagaimanapun setelah berpisah dengan suami ke duanya, kak Long berkahwin pula dengan suami yang ke tiga sekarang ini. Dengan suaminya sekarang ini pun Kak Long hanya datang menjenguk di kampung dengan membawa berita yang kak long telah duduk berasingan dengan suaminya kerana pelbagai masalah rumahtangga mereka.Apa yang kami dapat lakukan hanyalah menyabarkan dan menasihati kak long agar berfikir panjang demi masa depan anak-anak. Akhirnya kak long berbaik-baik semula dengan suaminya.
namun apa yang kami kesalkan ialah, sikap kak long yang hanya mencari kami ketika dalam susah tetapi menyepikan diri sewaktu senang dan membuat keputusan tanpa berbincang serta sering membelakangkan keluarga. Kami memang tidak kisah namun, sebagai bekas menentu, Kak Long sepatutnya masih mempunyai rasa hormat dan segan kepada emak dan bapa kami.Kami sekeluarga banyak berdiam diri dan membiarkan Kak long dengan sikapnya yang langsung tidak mengenang budi itu. Pernah sewaktu hari raya, tergamak Kak long tidak mahu menjenguk emak dan bapak di kampung walhal mereka mempunyai kenderaan yang selesa. tambahan pula emak dan bapa sangat2 merindui cucunya. Akhirnya yang paling melukakan hati kami ialah bilamana emak dan bapa yang sudah tua dan uzur itu yang sanggup untuk pergi menjenguk cucunya di Lekir setelah seminggu raya menunggu kemungkinan cucunya akan pulang. Mereka pergi berdua dengan menaiki motosikal sahaja. Selepas itu emak mula merungut sakit pinggang dan sebagainya. Nak di jadikan cerita, cuti raya tahun itu kebetulannya sangat pendek bilamana pada raya yang ke lima semua orang sudah mula bekerja jadi, anak-anak bapa yang lain tidak sempat untuk membawa emak dan bapa beraya di Lekir.

belum lagi menyentuh tentang harta peninggalan arwah. Kami terutama bapa telah menandatangani borang untuk tidak menuntut harta-harta arwah termasuk duit insyuran, KWSP dan lain-lain yang berkaitan lantaran mengenangkan demi kebaikan cucu-cucunya.Tambahan pula, bapa bukanlah orang yang berharta untuk menanggung cucu-cucunya setiap bulan.Kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa, bukanlah hendakkan harta arwah, tapi sebagai menantu yang berkahwin dengan anak yang dilahirkan oleh emak dan bapa yang masih lagi hidup , apalah salahnya jika menantu itu bermanis dan berkenang budi. Ini tidak, bila senang, makan sorang tapi bila bermasalah, kami dijadikan wadah.

Teluk intan,

telefon bimbitku memberikan isyarat adanya mesej baru masuk dan apabila ku lihat, mesej tersebut datangnya dari Kak Long.Kak Long meminta aku memberitahu keluarga untuk bersiap sedia menanti kedatangannya di atas urusan menukar nama rumah milik arwah ke atas namanya.Pada mulanya aku tak ambil kisah sangat mesej tersebut kerana beranggapan bahawa, itu rumah dia,maka terpulanglah padanya untuk buat apa saja terhadap rumah itu.namun apabila berita itu kusampaikan kepada keluarga, adik beradikku yang lain membantah cadangan kak long itu kerana berpendapat bahawa rumah itu bukanlah sepatutnya milik Kak Long seorang tetapi anak-anak arwah turut mempunyai hak terhadap rumah tersebut memandangkan ianya telah menjadi harta pusaka dan tambahan pula hanya itu sahaja harta arwah yang tinggal.Menukarkan nama rumah tersebut kepada Kak Long seorang secara logiknya ianya turut menjejaskan hak milik rumah tersebut terhadap anak-anak arwah. Boleh jadi, harta itu akan berpindah tangan kepada orang lain adalah tidak mustahil kerana Kak Long kini mempunyai anak bersama suaminya kini. Barulah aku tersedar akan kebenaran kenyataan tersebut.

Namun akibat dari keengganan kami untuk menunaikan permintaan Kak Long itu ianya telah menyebabkan kami dianggap musuh dan sms di telefon bimbitku dihujani dengan cacian dan ejekan yang menunjukkan selama ini Kak Long bukanlah seorang kakak ipar yang ikhlas. Apa yang menyedihkan dan amat kukesali ialah Kak long benar2 telah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar apabila dia menggunakan kata2 yang pedih dan menunjukkan seolah-olah bagaikan orang yang tidak berpendidikan apabila menuturkan kata2 nista terhadap keluarga sendiri.Alhamdulillah, kami masih lagi dapat menahan dari mengeluarkan kata2nista dan kesat terhadap dirinya kerana kami berasakan tidak perlu untuk menjadi serupa sepertinya.

No comments:

Post a Comment