huh, sombongnya insan itu!mungkin semangat dan wawasannya terlalu tinggi sehingga tidak mahu kelihatan walau sedikit kelemahan dan kekurangan diri. Mengaku bertanggungjawab terhadap semua perkara dalam institusi sehingga mendabik dada dengan kekebalan yang ada. Walhal bertelur cuma sebiji tapi riuhnya sekampung. mulut berbunyi namun semuanya hanya tin kosong!.Adakalanya aku malu dengan sikap pemimpin sedemikian yg mentadbir jajahan, konon memangku wawasan walhal memandu ke arah yg terpesong.Langsung tidak pernah menunjukkan teladan, langsung tidak pernah mengakui kesilapan langsung tidak tahu apa tugas hakiki yg sebenar. Jika setakat mengarahkan orang bawahan menyiapkan kerja nya, sesiapapun boleh berada di atas waima "orang-orang" pun!.Memanglah malang untuk golongan bawahan bila mendapat pemimpin sebegini namun sesetengahnya menjadi tempat untuk orang menangguk di air keruh. Sesiapa yang pandai mengampu dan mengipas, memuji dan menjilat kaki, maka mereka inilah yang akan mendapat manfaatnya dari orang2 seperti ini.
orang yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain dengan cepat membuat persepsi sendiri sebenarnya masih jauh lagi panggang dari api untuk menjadi pemimpin yang di segani dan di hormati. malah merekalah pemimpin yang di keji dan di maki juga hanya di takuti. mereka ini gagal mendapatkan penghormatan dari orang bawahan kerana sebenarnya mereka sendiri tidak pernah menghormati orang lain.
Orang yang bongkak seperti ini tidak akan mahu menerima pendapat dan kritikan atau pandangan dari orang lain. yang mereka mahu hanyalah ingin menunjukkan kuasa yang ada beseerta ego dengan power di tangan. kata-kata mereka itu arahan dan arahan mereka itu umpama hukuman mandatori.
seharusnya golongan pentadbir yang naik pangkat secara time base atau senioriti ini diberikan kursus tatacara dan tingkahlaku sebagai seorang yang profesional,atau sekurang-kurangnya mereka perlu membaca buku-buku yang berkaitan dengan PR kerana kebanyakan mereka yang berada di atas sudah lupa asal usul dan taraf mereka sebelum ini. mereka di silaukan dengan jawatan yang tk setinggi mana itu...mereka tertipu dengan pangkat dan kuasa di dunia kerana kebodohan sendiri.
Melihat cermin pada diri sendiri memang tidak akan nampak cacat celanya tetapi jika mereka bercerminkan orang lain, maka mereka juga akan tahu bagaimana pendapat orang terhadap diri mereka kerana jika mereka sentiasa menilai ornag lain, tidak mustahil orang pun turut menilai mereka juga, bezanya mereka yg di atas menilai untuk memberi anugerah tetapi org di bawah menilai untuk mencari kebenaran dan keadilan.
Sampai bila golongan begini hendak menongkat langit?..bolehkah pangkat di bawa mati?..mereka rela hilang kawan dari hilang keegoan diri. konon menjaga maruah diri dengan menganggap bila mati tanam sendiri.....
No comments:
Post a Comment