Malam itu aku dikejutkan dengan panggilan telefon yang masuk, sayup2 suara yg ku kenali merintih menangis memberitahu tentang keadaan abangku yang berada di hospital Manjung tika itu. Aku hanya mampu menyuruh kakak ipar agar bersabar dan sentiasa mengkhabarkan berita terkini kepada ku. Hampir tengah malam, sekali lagi panggilan yg masuk membawa khabar duka bilamana kakak ipar memberitahu bahawa abangku telah tiada….khabar itu seterusnya disampaikan kepada seluruh keluarga dan adik beradik untuk masing2 membuat persiapan yg sepatutnya. Aku dan suami bergegas ke hospital untuk melihat jenazah seterusnya menguruskan persiapan untuk membawa jenazah pulang ke kampung halaman di Sungai Besar selangor, dimana kedua ibu bapaku dan sekalian saudara sedang menunggu.malam itu seluruh keluarga ku di kampong tidak dapat tidur, adik beradikku mula tiba seorang demi seorang lewat dinihari untuk menantikan jenazah abang yg akan tiba dari Manjung.
Seakan terngiang cerita kami seminggu sebelum ini, bilamana kami sekeluarga berpakat dan merancang untuk membawa abang pulang berubat di kampung seterusnya akan di jaga oleh keluargaku sementara menunggu sihat kerana kakak ipar terpaksa menguruskan anak2 yang bersekolah di Lekir. Pada mulanya abang keberatan kerana tidak mahu berpisah dengan keluarganya dan mungkin juga tidak mahu menyusahkan ibu dan bapaku, bagaimanapun kakak ipar akhirnya berjaya memujuk abang agar menurut perancangan kami.Abang akhirnya bersetuju untuk pulang ke kampung demi menjalani rawatan walau dengan berat hati dan berlinangan air mata. Malang sekali sebelum kami sempat menjemput abang di hujung minggu itu, abang terlebih dahulu terpaksa mendapatkan rawatan di hospital Manjung kerana kencing kotor dan gula yg tinggi di dalam darahnya. Entah apa kompilasi yg dihadapi sewaktu menjalani rawatan tersebut, akhirnya abang mengalami sesak nafas seterusnya semakin tenat sehingga abang pergi selama-lamanya. Kini,jenazah abang benar2 dibawa pulang ke kampong halamannya sepertimana yang abang persetujui itu.
Dentingan jam dinding memecah kesunyian dan kepiluan malam, berselang seli dengan alunan ayat suci yang telah mula dibacakan oleh ahli keluarga tika itu. Sehinggalah tepat jam enam pagi, subuh menjelang, jam di dinding setia berdenting mengikut waktunya.
Akhirnya, pengurusan jenazah abang selesai dan selamat dikebumikan pada jam 11 pagi. Masing2 pulang ke rumah dengan perasaan hiba dan sedih. Kami berkumpul di ruang tamu sambil melayan beberapa tetamu yg masih ada.
mataku terpaku kepada jam dinding yang tidak bergerak lagi. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 11. pagi, sedangkan waktu itu sudah hampir jam 12.30 tengahari. Lantas aku bertanya kepada adik beradik mengenai jam itu. ‘Betul ke bapak sudah baiki jam dinding ni? bila ya?’.Namun soalan itu tidak terjawab kerana masing2 tidak tahu. Akhirnya aku bertanya kepada bapaku, ‘Pak, jam dinding tu bapak dah baiki ker? mengapa dah mati semula? Di mana bapak hantar jam ini tuk di baiki?. Namun jawapan dari mulut bapak amat memeranjatkan kami yang mendengarnya. ‘Eh, aku tak ada baiki lah? Dah hantar baiki beberpa kali tapi tak mahu jugak hidup, aku biar je jam tu kat situ’. Jawab bapak yang membuatkan kami semua terkesima.
Kalau tiada siapa yang membaiki jam itu, bagaimana jam itu boleh berfungsi sebentar tadi?. Menurut emak, jam itu berbunyi tepat pukul 12 tengah malam tadi dan ianya terus berbunyi setiap jam berikutnya tanpa gagal.Kakak ku juga mengesahkan mendengar bunyi jam itu tepat pukul 6 pagi sewaktu ketibaan jenazah abang dengan ambulan ke rumah bapak. Namun mengapa jam itu berhenti tepat pada pukul 11 pagi iaitu waktu yang dipercayai jenazah abang selesai dikebumikan?. Sehingga hari ini misteri jam dinding itu tetap tidak terjawab dan ianya terus menjadi persoalan dan tandanya kami sekeluarga. Sekali lagi perkara yang pelik berlaku pada jam dinding itu bilamana, rumah kayu tua bapakku telah terbakar dan jika mengikut kedudukan jam itu berada,sudah tentu ianya turut hangus namun tiada yang tahu bagaimana jam itu terselamat dan masih elok walaupun sudah tidak berfungsi lagi. Sehingga kini, jam itu masih tegap menghiasi dinding bilik air rumah bapaku dan akan terus dibiarkan disitu…..
Di dinding yang hangus terbakar inilah sepatutnya jam itu berada dan bagaimana jam itu boleh berada dalam keadaan yang masih elok kini, masih tidak mempunyai jawapan.
Inilah jam dinding yang masih belum terjawab misterinya dan kebetulan kaitannya dengan kematian arwah abang.
No comments:
Post a Comment