Tuesday, May 10, 2011

resepi kueh tako

bahan2

2 cawan tepung jagung
6 cawan santan kelapa
5 cawan air kosong
1 setengah cawan gula
sengkuang cina
pewana hijau
sedikit garam

Lapis bawah.
1 cawan tepung jagungdibancuh dengan 5 cawan air serta gula dan pewarna hijau.Kacau dan masak dengan api sederhana sehingga jernih dan berkilat.boleh juga campurkan dengan 1@2sudu tepung honkee.
air boleh ditambah jika adunan terlalu pekat.boleh juga masukkan sengkuang atau jika suka boleh taburkan sahaja sewaktu di tuang dalam sarung.Setelah pekat bolehlah tuangkan dalam sarung sementara kita masakkan pula adunan lapisan atasnya.

Lapis atas.

1 cwn tepung jagung campurkan 6 cawan santan. boleh tambah air jika adunan masih pekat. masukkan sedikit garam. kacau atas api sederhana dengan perlahan sehingga pekat.
Setelah pekat tuangkan atas lapisan warna hijau tadi dan sejukkan.

Cara membuat sarung tako dari daun pandan. Pilih daun pandan yg besar kerana saiz daun akan mempengaruhi saiz sarung tako.

potong separuh daun pandan , buat dalam 5 potongan yg anggaran sama ukurannya.
setelah itu cantumkan daun mengikut keratan untuk membentuk sarung tako.
Gunakan stepler untuk melekatkan hujung daun
.

akhirnya ulang langkah serupa untuk mendapatkan beberapa sarung tako lagi.




No comments:

Post a Comment